Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dashcam Drive #6 - Emart Batu Kawa → Econsave Aeroville Mall

Selasa, 1 Oktober 2019, 6:00 pm0

Dashcam drive ialah siri video rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain, dengan tambahan video navigasi GPS di dalamnya. Tempat tumpuan video dashcam drive ini adalah bandar² di Sarawak, sebab saya nak tunjukkan tempat² di dalam Sarawak kepada penonton global. Tempat² lain mungkin akan disertakan sekali pada masa akan datang, seperti Sabah, Brunei atau Kalimantan.

Episod kali ini saya memandu dari Emart Batu Kawa ke Econsave Aeroville Mall, dirakam pada Ogos 2019.

Untuk menonton video² lepas, lihat senarai related posts di bawah 👇.

Tulis komen: