Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Hari ni Wrestlemania 36 tapi baru tgk full match Undertaker vs Roman Reign WM 33, tu 3 tahun yg lalu

wm_92047483_133158758253942_7534134246554730496_n.jpg
wm_92422826_133158824920602_3545131126412541952_n.jpg

Ahad, 5 April 2020, 2:15 pm0

Ia adalah kekalahan ke-2 Undertaker dalam selepas menang 22 kali berturut² sejak 1991. Kekalahan pertama adalah kepada Brock Lesnar pada Wreslemania 30. Dapat tengok dlm match ini, Undertaker kalah dengan stamina wrestler yg lebih muda.

Roman Reign waktu tu dikatakan sebagai new face of , ketua untuk generasi baru wrestler di bawah WWE, sama macam The Rock dan John Cena pada era mereka masing². Tapi apa yg kurang memuaskan ialah Roman Reign ni agak kurang aura atau karisma sebagai leader untuk The New Era. Bandingkan dgn mulut The Rock waktu Attitude Era dan populariti John Cena waktu Ruthless Aggression Era, Roman Reign agak sama level dgn wrestler lain yg sama generasi dgnnya seperti Bray Wyatt, The Miz, AJ Styles, Daniel Bryan dll.

Wrestlemania kali ni agak unik. Disebabkan pandemik , Wrestlemania yg biasanya diadakan di dalam stadium yg dihadiri puluhan ribu orang, kali ni hanya ditayangkan secara online di saluran WWE Network. Host mengacara di studio WWE, dan matches telah dirakam awal di WWE Performance Center. Agak janggal lihat wrestler² ni berlawan di arena yg kosong takda orang. Dapat dengar semua bunyi bertumbuk, bunyi badan kena hempas, suara mengerang kesakitan.

Dalam banyak² match, match yg saya tunggu² ialah sudah tentu melibatkan Undertaker, kali ni dia bertarung dlm boneyard match melawan AJ Styles. Boneyard match ni nama lain untuk buried alive match, siapa yg tanam lawan dia dulu dalam tanah, dia yg menang. Apa yg unik dan menarik ialah perlawanan mereka berdua dirakam dengan format seperti filem.

Mereka datang ke kawasan perkuburan waktu malam, Undertaker datang bawa persona American Badass dgn naik moto Harley dgn background lagu Metallica, lepas tu mereka belasahlah satu sama lain. AJ Styles ni ada bawa geng pulak, Undertaker yg dah tua bangka ni, nampak dah tak bermaya nak berjalan, dulu kena tolak dlm lubang kubur, tapi…

Tak nak spoiler, kena tunggu yg full video keluar kat Youtube 😁. Yg lebih menarik, sinematografi match ni nampak mcm Hollywood, pastu ada efek api² lagi, patut ramai yg tweet – inilah pemenang Oscar tahun ini 😆.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/133158844920600/

Tulis komen: