Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Know your role & shut your mouth

6BEB5840-3915-407F-B717-CE502C120145.jpeg

Sabtu, 6 April 2024, 8:25 am0

Menjelang hujung minggu , kalau ada terbau apa yang Batu tengah masak 🤣.

The Rock kembali ke Wrestlemania tahun ini sebagai The Final Boss mewakili faction The Bloodline yang selama ini dikepalai oleh Roman Reigns.

Ceritanya bermula sejak tahun lalu ⁽¹⁾. Cody Rhodes memenangi Royal Rumble & berhak menandingi Roman Reigns untuk Universal Championship & seterusnya mengakhiri tempoh kejuaraan Roman Reigns, justeru menghasilkan catchphrase “finish the story”.

Tapi tahun lalu Cody gagal sebab disabotaj Solo Sikoa, salah seorang ahli Bloodline.

Tahun ini, mengikut khabar angin, disebabkan CM Punk dah kembali ke WWE dari AEW, dia telah dirancang untuk memenangi Royal Rumble & bakal ke Wrestlemania mencabar World Heavyweight Championship yang kini disandang Seth Freakin’ Rollins.

The Rock pula dicanang akan mencabar posisi head of the table dalam Bloodline, termasuk Universal Championship yang dipegang Roman Reigns.

Malangnya dalam Royal Rumble pada Januari lalu, CM Punk mengalami kecederaan triceps & Cody Rhodes berjaya mengambil kesempatan menghidupkan kembali peluang untuk ‘menamatkan ceritanya’.

Dalam satu media press event di mana pemenang Royal Rumble diberi hak memilih kejuaraan yang mana satu untuk dicabar pada main event Wrestlemania nanti, sama ada Universal Champion (Roman Reigns) atau World Heavyweight Champion (Seth Rollins).

Cody Rhodes hadir sebagai pemenang Royal Rumble, dijangka akan memilih Seth Rollins sebagai lawannya di Wrestlemania. The Rock hadir dengan jangkaan akan mencabar sepupunya Roman Reigns.

Tapi Cody memilih Universal Championship milik Roman. Roman tak setuju sebab tahun lalu mereka dah settle hal ini, The Rock pula menegaskan perlawanan antara beliau dan Roman adalah pertarungan abad ini yang dinanti²kan. Dari sudut bisnes, besar peluang untuk membuat keuntungan. Berlaku pertikaman lidah, yang diakhiri dengan The Rock menampar Cody Rhodes.

Kejadian ini merupakan titik penting dalam jalan cerita Wrestlemania tahun ini. Peranan The Rock ditukarkan daripada babyface (watak baik) kepada heel (watak jahat).

Karakter Hollywood Rock dihidupkan kembali. Dari penampilan The Rock yang kerap hadir ke Raw & Smackdown memakai baju mahal dengan design stylish, ke promonya yang banyak mencarut, sehingga ke entrance-nya yang serba baru, dengan efek kilat sabung-menyabung, bagi menonjolkan gelarannya sebagai the most electrifying man in the sports entertainment, dan juga spotlight menumpu ke The Rock bagi memaparkan watak The Final Boss.

Ada beberapa pihak & penggusti lain yang mempersoalkan promo The Rock, di mana dia diberi kelonggaran untuk menggunakan kata² kesat, tanpa dikenakan tindakan disiplin, sedangkan rancangan Raw & Smackdown adalah PG, untuk tontonan umum.

Ramai peminat termasuk saya sendiri yang melihat situasi ini sebagai kemunculan semula Attitude Era. The Rock merupakan ahli lembaga pengarah TKO, organisasi yang memiliki WWE dan UFC, sudah tentu dia ada kuasa di situ.

Dan juga bermula tahun depan, Raw & Smackdown akan bersiaran di Netflix, jadi dapatlah mereka bebas daripada sekatan rating yang dikenakan oleh pihak Peacock TV buat masa sekarang. Dapatlah mereka membuat konten gusti yang lebih eksplisit seperti era DX, Stone Cold & Ministry of Darkness dulu².

Wrestlemania 40, malam pertama pada malam ini, The Rock & Roman Reigns vs Cody Rhodes & Seth Rollins, secara objektifnya, saya ramal tak banyak bezanya dari tahun lalu, Bloodline pasti lebih licik untuk mensabotaj perlawanan ini, seterusnya akan berkuasa menentukan hala tuju perlawanan Universal Championship pada malam kedua esok.

Barangkali juga, untuk malam kedua, akan ada beberapa kejutan, seperti khabar angin yang kuat bertiup sekarang. Dalam episod Smackdown minggu lalu, The Rock menyerang Cody Rhodes di kawasan letak kenderaan dalam keadaan hujan.

Ada beberapa hint samar² yang penonton dapat saksikan, seperti gambar poster Stone Cold & John Cena terpampang pada trak kargo milik WWE. Gambar Brock Lesnar juga ada dikesan oleh peminat, tertera pada trak tersebut, tapi di tempat lain, bukan di tempat parking yang sama.

Mungkin Cody Rhodes akan memenangi Universal Champion, selepas mendapat bantuan daripada beberapa orang legend yang disebut tadi, bagi mengimbangi Bloodline pada malam kedua. Dengan itu, dia bakal menghabiskan ceritanya, dengan menamatkan penguasaan Roman Reigns ke atas Universal Championship yang telah berlanjutan selama lebih 1300 hari, nak masuk 4 tahun sejak Roman memenanginya pada 2020.

Am I a Cody crybaby? Not totally, I rooted for The Rock too. Roman Reigns? Impressive but mehh… 🤪

Gambar – https://images.app.goo.gl/2vZTC5PNHa2TJp5U8

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/04/hujung-minggu-wrestlemania/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1094283611738550/

Tulis komen: