Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Hujung minggu Wrestlemania 39

7DEB3B17-13CD-493E-BF28-30CE843414E0-scaled.jpeg

Sabtu, 1 April 2023, 7:55 pm0

Nak tengok apa kesudahan drama keluarga Mysterio.

Rey Misterio baru saja diangkat sebagai Hall of Famer kelas 2023, walaupun dia masih lagi aktif beraksi dalam . Dan dia akan bertarung dengan anaknya sendiri, Dominik, pada malam pertama Wrestlemania, awal pagi esok waktu Malaysia.

Saya perhatikan jalan cerita (storyline) keluarga Mysterio yang terbaru ini, penonton (WWE universe) sangat terlibat (connected), dengan emosi & reaksi mereka dalam arena. Dan storyline ini agak sensitif & terlalu peribadi (too personal), kerana melibatkan ahli keluarga sebenar. Bermula dengan jalan cerita anak perempuan Mysterio, Aalyah yang berdating dengan Buddy Murphy, anak murid Seth Rollins yang memusuhi Rey ⁽¹⁾.

Kemudian Dominik pula, kena hasut oleh Judgment Day (Finn Balor & Damian Priest), untuk join mereka supaya dapat jadi champion, dan tak selamanya berada di belakang bayang² Rey Mysterio, yang mereka tuduh sebagai ketua yang lemah.

Bila Rhea Ripley join Judgment Day membuli The Mysterios, dah jadi tak seimbang, 3 lawan 2. Maka Edge kembali pada Summerslam tahun lalu untuk backup Mysterio.

Malangnya dalam satu episod Raw, ketika Edge mahu spear Finn Balor, Rhea Ripley menolak Dominik sehingga dia jadi mangsa spear Edge. Dari situ mulanya persengketaan antara Dominik dengan Edge, seterusnya dengan bapanya, Rey. Dan dalam PPV (pay-per-view) Clash At The Castle, Dominik membelot, low-blow kepada Edge & clothline kepada Rey ⁽²⁾.

Berminggu² Dominik mem-provoke Rey untuk memukulnya, bagi membuktikan tuduhan Judgment Day betul. Konflik memuncak minggu lalu, apabila Dominik menjerit depan muka ibunya suruh diam. Walaupun Rey dah beberapa kali kena gusti oleh Dominik, tapi kali ini, dah melampaui batas, dan sebijik penumbuk kena kat muka Dominik, seluruh WWE universe dalam arena bersorak menyokong Rey ⁽³⁾.

Rey Mysterio akan menentang Dominik Mysterio dalam Wrestlemania 39, manakala Edge akan melawan Finn Balor, yang akan beraksi sebagai The Demon, muka bercat hitam.

Pada ramalan saya, tak kira siapa yang akan menang, jalan cerita ini mungkin akan berterusan, untuk PPV seterusnya, iaitu Extreme Rules. Mungkin mereka anak beranak akan bertarung dalam extreme match yang memberi kelebihan kepada kebolehan high-flying Rey Mysterio, seperti steel cage match atau ladders match.

Bercakap pasal storyline berkenaan keluarga dalam WWE, antara yang paling saya ingat dulu:

  • Pasal anak luar nikah Vince McMahon, yang ada potensi mewarisi WWE:

Bila seorang lawyer datang baca ciri² fizikal illegitimate son Mr. McMahon, banyak kena pada Triple H (menantu Mr. McMahon), seperti berambut blonde. Hujung² anak luar nikah tersebut ialah Hornswoggle, seorang kerdil yang selalu bersembunyi bawah gelanggang gusti 😅.

  • Pasal kisah cinta Vickie Guerrero & Edge:

Berminggu² tengok segmen mereka berdua bercinta, bercumbu², dating candle light dinner tengah gelanggang gusti. Hujung² ada majlis kahwin taman bunga semua. Bila ingat balik, lucu ada, jijik pun ada, tau jaklah suara Vickie tu teriak² 😆.

Antara match lain yang menarik ialah Roman Reigns vs Cody Rhodes. Agak lama tak tengok Cody, dulu² ingat dia sebagai orang bawahan Randy Orton dalam group The Legacy dengan Ted DiBiase. Mereka bertiga adalah generasi kedua penggusti dalam WWE, bapa mereka semua penggusti yang dah established, sebab tu nama group mereka Legacy.

Bila tengok balik perjalanan Cody Rhodes, dia pernah jadi Stardust, mungkin mahu persona seakan abangnya, Dustin Rhodes sebagai Goldust. Lepas tu ke AEW, tak tahu sangat cerita Cody di sana, tapi Tony Khan buang dia dari AEW sebab fan dah tak gemar dia.

Satu lagi match, Brock Lesnar lawan gergasi Nigeria, Omos (sebut ‘omas’). Kalau sebelum ni Brock berjaya mematahkan streak Undertaker 21 kemenangan berturut², lepas tu senang² bawa lawannya ke suplex city, kali ini melawan giant, apa jak finishing move dia dapat buat. Nak buat F5, kena dapat angkat Omos tu dulu 😓.

⁽¹⁾ https://web.facebook.com/watch/?v=653412673100051
⁽²⁾ https://www.youtube.com/watch?v=dikL_vqMEt4
⁽³⁾ https://twitter.com/WWE/status/1639433018577420288

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/886338502533063/

Tulis komen: