Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tribute kepada Windham Rotunda a.k.a Bray Wyatt

Ahad, 3 September 2023, 11:55 pm0

Penggusti ini meninggal dunia Jumaat minggu lalu ⁽¹⁾, akibat serangan jantung. Wyatt diketahui menghidap penyakit jantung & dikesan positif Covid-19 awal tahun ini, memburukkan lagi keadaan jantungnya.

35363757-A73F-46DA-8E07-42F629212314.jpeg
Membuat promo sambil duduk di kerusi malas ⁽²⁾, menjadi simbol ikonik Bray Wyatt.

Dekad lalu, tak ramai penggusti baru yang membawa karakter unik yang kuat, mudah diterima & diingati peminat. Bray Wyatt membawa watak seorang ketua kumpulan ajaran sesat (cult) yang dinamakan Wyatt Family, yang mengambil idea daripada Charles Manson yang mengetuai kumpulan kultus Manson Family.

EF57794E-6EBE-40D5-AA91-8B53D797DA61.jpeg
Entrance mereka memaparkan arena yang dipenuhi dengan kunang².

Kalau Undertaker punya entrance, lebih menekankan emosi seram sejuk dengan muzik kubur, satu stadium gelap. Bray Wyatt pun gelapkan stadium, tapi dia mahukan emosi ketakutan pada sekumpulan ahli kultus yang hanya mahu lakukan kerosakan ke atas orang lain. Muzik entrance Wyatt Family pun lebih tenang & country, tapi ada elemen perasaan ditinggalkan di tempat yang lama terbiar.

1D08BC35-B9E9-42B8-820A-AF5A1A8BC2DD.jpeg
Pada 30 (2014), Wyatt Family terdiri daripada Erick Rowan, Bray Wyatt & Luke Harper.

Luke Harper, atau nama sebenarnya Brodie Lee, juga telah meninggal dunia pada tahun 2020 akibat penyakit paru².

499DF95A-9AE8-4FB9-818E-2491740474B8.jpeg
Pada Wrestlemania 32 (2016), Braun Strowman pula yang berada dalam Wyatt Family semasa promo berdepan The Rock ini.

Saya taklah mengikuti storyline Wyatt Family secara dekat, tapi rasa kagum apabila menonton perlawanan antara Bray Wyatt vs John Cena pada Wrestlemania 32, sebab 👇.

F957F6BA-385A-436B-BA28-21344095DAC0.jpeg
Walaupun fizikalnya gempal, Bray Wyatt memiliki fleksibiliti yang membolehkan dia melakukan aksi back bridge begini. Dah macam orang labah² yang merayap dalam muzik video Slipknot ⁽³⁾.

Nama finishing move dia pun unik, dengar Michael Cole jerit nama finisher tu waktu Bray Wyatt buat:

“Sister Abigail!”

RIP 🪦

P.s: imej Bray Wyatt ada macam Daron Malakian bersama Scars on Broadway.

⁽¹⁾ https://www.sportskeeda.com/wwe/bray-wyatt-s-reported-cause-death-plans-smackdown-wwe-news-rumor-roundup
⁽²⁾ https://twitter.com/WWE/status/1695949314638397743
⁽³⁾ https://youtu.be/9FnG9lGLyEM

Muze @ PICC dah nak siap

4 September 2023

Selamat hari mereka

31 Ogos 2023

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/973564093810503/

Tulis komen: