Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mark Calaway akhirnya bersara

127439358_198843985018752_6902605398803428691_n.jpg

Selasa, 24 November 2020, 3:45 pm0

Selepas 30 tahun literally berhempas pulas di dalam gelanggang segi empat, ahli sukan hiburan (sports entertainment) yang terkenal dengan watak menyeramkan bersama “adik” nya, Glenn Jacobs, yang merupakan datuk bandar daerah Knox, akhirnya rasmi bersara hujung minggu lalu.

Siapa mereka ni?

Tengok gambar mesti dah tau, Mark Calaway ialah nama sebenar Undertaker, Glenn Jacobs pula ialah Kane. Dulu waktu hujung 90-an, semasa era Attitude di WWF (sekarang ), budak² kenal mereka semua ni, termasuklah The Rock & Stone Cold. Dan waktu tu semua percaya yang Kane adalah adik Undertaker, hingga sekarang pun masih percaya pada storyline WWF waktu tu.

Watak Kane waktu tu digambarkan sebagai sisi jahat Undertaker, menggunakan tema warna merah neraka, manakala Undertaker menggunakan warna hitam + biru ungu yang membawa tema seram kubur. Mereka merupakan watak yang berlawanan (opposite), dan storyline yang mereka bawa telah menghasilkan perlawanan brother-versus-brother seperti di Wrestlemania 14 (1998) ⁽¹⁾ dan Hell In A Cell (2010) ⁽²⁾.

Namun, apabila mereka berdua bergabung, mereka menjadi Brothers of Destruction. Sesuai dengan gelaran ini, tiap kali mereka bertarung dengan penggusti lain, lawan mereka itu akan habis kena lanyak. Tapi perlawanan Brothers of Destruction yang paling epik adalah melawan satu lagi brothers yang gila² iaitu Degeneration-X ⁽³⁾.

Antara gimik Undertaker yang saya masih ingat waktu kanak² dulu adalah Ministry of Darkness. Dalam satu episod Raw is War, Undertaker ‘menyalib’ seorang wrestler yang menjadi musuhnya waktu tu, tak ingat siapa, dengan mengikatnya pada lambang Undertaker yang ada huruf T dengan X.

Pastu pada Wrestlemania 15 (1999), dalam perlawanan Hell In A Cell, Undertaker telah menggantung Big Boss Man pada kurungan besi sambil kurungan tersebut dinaikkan ke atas stadium. Imej ngeri orang kena gantung ini menjadi memori betapa kejamnya watak dan jalan cerita Ministry of Darkness pada era Attitude dulu.

Undertaker mengumumkan persaraan dari gusti profesional pada 21 Jun yang lalu, dalam episod terakhir dokumentari The Last Ride ⁽⁴⁾, namun memandangkan Survivor Series merupakan acara PPV (pay-per-view) WWF di mana dia muncul buat kali pertama (debut) 30 tahun dulu, pada PPV yang sama hujung minggu lalu menjadi majlis selamat tinggal (farewell) Undertaker kepada peminat WWE.

Gambar: https://www.wwe.com/classics/the-brothers-of-destruction-rare-photos#fid-26849420

⁽¹⁾ https://www.wwe.com/videos/the-undertaker-vs-kane-wrestlemania-xiv-full-match
⁽²⁾ https://www.youtube.com/watch?v=4lD5O9xyXBE
⁽³⁾ https://www.dailymotion.com/video/x6wnkxc
⁽⁴⁾ https://sports.inquirer.net/396978/the-last-ride-undertaker-retires-from-wwe

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/198843981685419/

Tulis komen: