Kenapa kucing makan rumput?
Ahad, 2 Ogos 2020, 11:15 am0
Rumput bukanlah diet utama #emau tapi kadang kala ia akan makan rumput untuk:
1 – Membersihkan saluran penghadaman daripada makanan yang tidak dihadam. Selalunya kucing akan muntah lepas makan rumput, sebab dalam perut & usus kucing tak ada enzim untuk menghadam rumput. Dengan cara ini, kucing dapat muntahkan benda² yang ditelannya seperti bulu sendiri, bulu pelepah burung atau tulang haiwan yang dimakannya.
2 – Cecair rumput mengandungi asid folik yang baik untuk penghadaman, menyokong pertumbuhan sel dan penghasilan hemoglobin darah kucing.
3 – Rumput sebagai julap semulajadi. Apabila makanan yang tak dapat dihadam telah masuk jauh dalam usus kucing, ia mungkin akan tersekat. Oleh itu, dengan memakan rumput, ia dapat membantu membersihkan sistem penghadaman kucing dan mengurangkan sembelit.
Rumput tidaklah bahaya kepada kucing, tapi pastikan ia tidak makan rumput yang dah disembur racun.