Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Beri kucing makan sekali sehari dalam kuantiti banyak dapat mengawal kesihatan mereka

120727458_183157293254088_3125399292181428872_n.jpg

Ahad, 4 Oktober 2020, 11:50 am0

Terdapat hasil kajian terbaru menunjukkan, kucing yang diberi makan sekali sehari dalam kuantiti yang banyak dapat memberi kepuasan kepada kucing, mengawal rasa lapar atau selera makan kucing serta dapat mengelak kucing daripada obesiti.

Kebiasaan pemilik kucing disarankan untuk memberi kucing makan 3 ke 4 kali sehari dalam kuantiti yang kecil. Namun, tiada kajian dilakukan untuk menyokong berapa tepat amalan ini, jadi kajian terbaru ini dibuat untuk menganalisis kesan tabiat makan terhadap hormon selera makan, aktiviti fizikal dan penggunaan tenaga pada kucing.

Hasil kajian mendapati, kucing yang diberi makan 4 kali sehari melakukan aktiviti fizikal dengan lebih banyak, namun kadar penggunaan tenaga adalah sama dengan kucing yang diberi makan sekali sehari. Berat badan kucing dalam kedua² kumpulan tidak berubah sepanjang tempoh kajian.

Kucing yang diberi makan sekali sehari pula di dapati memiliki tahap hormon selera makan yang lebih tinggi, menunjukkan kucing tersebut lebih puas selepas makan. Fasting respiratory quotient (RQ) atau kadar hasil pernafasan semasa tempoh tanpa makan juga adalah rendah, menunjukkan kucing membakar lemak yang tersimpan dalam badan, menyumbang kepada berat badan yang sihat.

Kucing yang diberi makan sekali sehari juga mengalami peningkatan asid amino dalam darah, bermaksud lebih banyak protein dibekalkan untuk membina otot dan mengurangkan risiko kehilangan jisim otot apabila semakin lanjut usia, situasi yang dikenali sebagai sarcopenia.

Secara umumnya, kalau diperhatikan kucing jalanan, atau kucing rimba (harimau, singa dll.) semuanya memiliki corak pemakanan sebegini. Mereka memburu untuk mendapatkan makanan, kemudian makan hasil buruan yang kuantitinya besar, kemudian tidur sepanjang hari, sebelum memburu keesokan harinya. Dan jarang sekali kita jumpa harimau atau singa yang obesiti di habitat semulajadi.

Rujukan – https://www.sciencedaily.com/releases/2020/09/200923135117.htm

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/183157289920755/

Tulis komen: