Persidangan Parlimen dipendekkan + statistik Covid19 sejak 9 hari lalu

Isnin, 2 November 2020, 7:05 pm

Persidangan Parlimen dipendekkan + statistik sejak 9 hari lalu.

Mesyuarat ke-3, penggal ke-3 Parlimen ke-14 hari ini ditangguhkan pada 1 petang & akan bersambung semula esok 10 pagi. Ini disebabkan pegawai salah seorang senator Dewan Negara dikesan positif Covid-19 ⁽¹⁾.

24/10 – 1228 kes baru, 7 kematian, 671 pulih
25/10 – 823 kes baru, 8 kematian, 579 pulih
26/10 – 1240 kes baru ‼, 7 kematian, 691 pulih
27/10 – 835 kes baru, 2 kematian, 674 pulih
28/10 – 801 kes baru, 8 kematian, 573 pulih
29/10 – 649 kes baru, 0 kematian, 685 pulih
30/10 – 799 kes baru, 3 kematian, 491 pulih
31/10 – 659 kes baru, 0 kematian, 1000 pulih
1/11 – 957 kes baru, 0 kematian, 972 pulih
2/11 – 834 kes baru, 2 kematian, 900 pulih

Sebulan lalu kes meningkat sekitar 200-300 orang sehari, pastu tiba² meningkat hingga 800 lebih sehari, ramai orang mula panik & risau. Sekarang dah dekat sebulan kes tak turun² di bawah 700 kes sehari, orang ramai nampak dah kurang risau. Politikus pun gaduh² nak adakan ⁽²⁾. Selebriti nak berparti² macam ‘normal’ ⁽³⁾. Agaknya satu lagi normal baharu ialah:

😳 “800 lebih orang dijangkiti kobid?”
😨 “Sekolah tutup?”
😱 “Sekatan jalan raya?”
😒 “Biasa la tu…”

⁽¹⁾ https://twitter.com/SenatorRasAdiba/status/1322795941062008833
⁽²⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-teliti-sop-ketat-prk-batu-sapi-prn-sarawak-perdana-menteri-266148
⁽³⁾ https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2020/oct/28/kim-kardashian-west-tweets-birthday-party-private-island

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/190452109191273/

Tulis komen:

Jalan² kena siram hujan

3 November 2020

Tweety vs puddy tat

1 November 2020