Parcel dari Malaya pusing ke bulan dulu baru sampai ke Sarawak?

Isnin, 21 September 2020, 11:10 am

Parcel dari Malaya pusing ke bulan dulu baru sampai ke Sarawak?

Ok, tu hanya meme viral yang dibuat sekadar nak menyindir. Tapi di sini saya nak tunjuk mengikut data online saya sendiri yang terkini, untuk lihat berapa lama barang tersebut untuk sampai ke Sarawak dari Malaya atau dari China.

Saya kategorikan tugas penghantaran kepada tiga bahagian seperti di bawah, dan jumlah hari yang diambil untuk siapkan tugas tersebut:

A = penjual → + proses & sedia dihantar
B = dalam perjalanan → tiba pusat pengumpulan
C = logistik → pembeli

119957810_180054580231026_6320808655256367129_n.jpg

① – A = 1 hari, B = 2 hari, C = 0 hari

119970467_180054586897692_392455603789591083_n.jpg

② – A = 1 hari, B = 4 hari, C = 0 hari

119883459_180054703564347_8260353379790837014_n.jpg

③ – A = 4 hari, B = 6 hari, C = 3 hari

119787794_180054686897682_2156673690686164455_n.jpg

④ – A = 5 hari, B = 4 hari, C = 4 hari

119664914_180054666897684_8388839874868738147_n.jpg

⑤ – A = 0 hari, B = 4 hari, C = 0 hari

119861079_180054656897685_3926097003526097538_n.jpg

⑥ – A = 5 hari, B = 5 hari, C = 4 hari

119722379_180054620231022_3500323035602896309_n.jpg

⑦ – A = 1 hari, B = 3 hari, C = 3 hari

119955158_180054636897687_2919779050221381866_n.jpg

⑧ – A = 0 hari, B = 6 hari, C = 6 hari

Berikut merupakan rumusan yang saya perhatikan:

📦 Aktiviti A mengambil masa yang sedikit, tapi jika barang tersebut datang dari China, proses untuk menyediakan barangan untuk dihantar ke Malaysia mengambil masa yang agak lama. Kemungkinan kena lalui proses kastam negara China. Kena ingat China kena hantar barang ke pembeli di seluruh dunia, berapa juta bungkusan kena disusun mengikut destinasi.

📦 Aktiviti B mengambil masa paling lama. Ini sudah dijangka, kerana barangan kena dibawa dari pusat pengumpulan syarikat logistik ke lapangan terbang, kemudian diisi ke dalam pesawat kargo. Dengan bilangan barangan yang beratus ribu dan terdapat had jumlah penerbangan serta had berat kargo, tidak semua barang dapat dihantar pada masa yang sama.

📦 Aktiviti C sepatutnya tidak mengambil masa terlalu lama sehingga dekat seminggu. Pada bulan Julai, selepas barang tiba, penghantaran terus dibuat, cuma akhir² ini semakin lewat. Bahagian ini yang saya rasa terdapat sedikit kelemahan yang menyebabkan barang walaupun dah sampai di pusat pengumpulan, masih menunggu selama beberapa hari untuk dihantar. Terdapat beberapa kes barang yang dah sampai dekat sebulan masih tak dihantar².

Syarikat logistik mungkin kena cari lebih ramai penghantar atau rider supaya barang tak bertimbun kat gudang, setiap hari beribu² bungkusan baru sampai.

Kalau bercerita pasal penghantar / rider / dispatcher ni, saya dah dengar macam² cerita.

💬 Ada yang tak tahu alamat pastu tak pandai nak guna aplikasi , nak baca peta apa lagi.

💬 Ada juga syarikat logistik yang kata mereka tak hantar ke kawasan tertentu, sedangkan kawasan tu tengah² bandaraya. Ni mungkin kes tak ada rider yang nak bekerja.

💬 Ada jugak cerita rider² ni kena berbaris sampai waktu nak tutup ofis, sebab tunggu barang yang nak dihantar di-assign oleh pihak syarikat logistik. Tu yang ada hantar barang dah masuk waktu Maghrib.

Workflow untuk proses penghantaran ni nak kena di-upgrade lagi, supaya lebih efisien.

Kesimpulan, barang² yang di-order tu tak pusing kat bulan, tapi duduk diam kat gudang syarikat logistik sebab tak ada orang nak hantar 😢.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: