Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Resipi sayur stir-fry rasanya manis~

Khamis, 19 November 2020, 4:15 pm0

125515784_195270462042771_1835835411491762124_n.jpg

① – Sayur² berikut merupakan bahan yang menghasilkan rasa manis stir-fry ini:

  • Kubis cina (napa cabbage)
  • Lobak merah (carrot)
  • Kucai (garlic chives)

Bahan² lain termasuklah bawang merah, cendawan shiitake & kacang tanah. Untuk menumis saya gunakan mentega, bukan marjerin ya, pure butter unsalted, baru ada rasa² susu cheese sikit.

Kacang tanah bagi menambahkan tekstur rangup, manakala cendawan shiitake menambah rasa² daging (meaty taste) dalam masakan.

126205687_195270442042773_5759213512423537760_n.jpg

② – Langkah² memasak:

  • Tumis bawang merah dan kacang tanah dulu menggunakan mentega, hingga kacang jadi garing dan bawang merah jadi caramelized (ada hangus sikit).
  • Masukkan kubis cina, gaulkan hingga layu.
  • Campurkan sayur² lain – lobak merah, cendawan shiitake dan kucai. Pada masa ini, masukkan serbuk perasa pilihan masing², kalau suka Maggi Cukup Rasa atau Knorr Pasti Sedap, bubuhkan. Saya bubuh perasa Maggi Mi Kari dengan serbuk bawang putih. Kalau awal tadi dah tumis sekali dengan bawang putih, tak perlulah serbuk bawang putih lagi.
  • Akhir sekali, bila mentega untuk menumis tadi dah mengering, tambahkan air, dan biarkan mendidih sekejap dalam 2 minit.
125501822_195270468709437_7014370802992157482_n.jpg

③ – Saya sayur ni dengan nasi dan 3 biji telur rebus, 1 telur kuning. Kuantitinya sebanyak sebiji bekas plastik ni saja, sudah cukup. Sejak dari mula PKP bulan Mac dulu dah makan banyak ni, lepas tu berat badan pun menurun, sekarang lepas 7 bulan masih kekal pada paras BMI yang normal 😎.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/195270512042766/

Pingback: Ini jenis eksesais waktu mula PKP tahun lalu

Tulis komen: