Get well soon Pawi + keputusan perlawanan ke-3 Liga Super 2021

159931621_267217358181414_9063507736909351531_n.jpg

Isnin, 15 Mac 2021, 11:00 am504

Penang vs Kedah – keadaan padang becak banyak merencatkan pergerakan. Kemasukan Azamuddin Akil membuahkan hasil apabila umpanannya menghasilkan jaringan ‘sambil duduk’ oleh Kpah Sherman 😂 ⁽¹⁾.

UiTM vs JDT – Safawi Rasid mengalami kecederaan hanya 4 minit selepas perlawanan berlangsung. Ramai peminat agak risau kerana Pawi kelihatan menangis apabila dikeluarkan, kemungkinan kecederaan tersebut adalah serius, namun TMJ meyakinkan peminat yang Pawi boleh sembuh dalam 2 ke 3 minggu lagi 🤕 ⁽²⁾.

160445761_267217371514746_6982822131390259186_n.jpg
160460081_267217364848080_9096549105921720280_n.jpg

Arif Aiman yang menggantikan Pawi, merupakan bintang dalam pembikinan JDT. 2 minit lepas dimasukkan, dia menjaringkan gol pada sudut larian Safawi ⁽³⁾.

Perak vs Terengganu – Perak dikejutkan oleh gol Terengganu pada minit ke-20, kemudian bertungkus lumus menguasai perlawanan untuk mencari gol penyamaan. Peluang terbaik hadir 5 minit sebelum tamat perlawanan, De Paula tak ofsaid tapi bola lambung hanya kena palang.

Seminit ke masa tambahan, Terengganu memadam hasrat penyamaan Perak dengan jaringan cantik Dechi N’guessan. Calon Puskas? 😁 ⁽⁴⁾

12/3
Penang 1 – 1 Kedah

13/3
Sabah 0 – 1 PJ City
Selangor 1 – 1 KL City
UiTM 0 – 4 JDT
Melaka Utd 0 – 0 Sri Pahang

14/3
Perak 0 – 2 Terengganu

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT33008089
Terengganu33007259
PJ City ↑631203215
Selangor31115504
Kedah31113304
KL City31112204
Perak ↓431112204
Penang ↓1311123-14
Melaka Utd ↓130303303
Sabah301214-31
Sri Pahang ↑1301215-41
UiTM ↓1300317-60

⁽¹⁾ https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/03/683609/jaringan-sambil-duduk-motivasi-untuk-sherman
⁽²⁾ https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/03/683980/jangan-risau-safawi-ok
⁽³⁾ https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/03/683999/arif-bintang-dalam-pembikinan-jdt
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/03/796184/tfc-cemerlang-jinak-perak-fc-di-ipoh

Artikel berkaitan:

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/267217431514740/

Pingback: Pawi buat comeback senyap² + keputusan perlawanan ke-9 Liga Super 2021

Tulis komen: