Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Gol Hand of God Shukor Adan + keputusan perlawanan ke-13 Liga Super 2021

183494778_301039541465862_345250568883995580_n.jpg

Isnin, 10 Mei 2021, 10:30 am0

Selepas game minggu ini, liga berehat selama 2 bulan untuk membuka jendela perpindahan & beri peluang pemain recover & fit balik lepas melantak lemang & rendang raya nanti 😆.

Penang vs JDT:

181029103_301039548132528_4740653224142723110_n.jpg
183499139_301039554799194_4786685104544696245_n.jpg

Minit ke-77, berpunca daripada sepakan sudut, tandukan Casagrande masuk gol tapi tidak diterima pengadil. Kemungkinan ada halangan dilakukan ke atas Farizal Marlias (keeper JDT), ataupun mungkin kerana terjahan keras Casagrande. Saya tengok pun tak ada halangan atau tackle keras dilakukan, mana tak Casagrande mengamuk depan muka pengadil 🤬.

UiTM vs KL City:

Ini adalah perlawanan debut Kwon Yong Hyun bersama UiTM, dan dia telah memberi impak positif kepada corak permainan UiTM. Sepakan penalti pada minit ke-84 dia sudahkan dengan baik, memberi harapan kemenangan pertama UiTM untuk musim ini.

Tapi gol hand of god oleh Shukor Adan ⁽¹⁾ menghancurkan harapan tersebut. Gol ini sangat kontroversi kerana komisioner perlawanan menamakan Shukor Adan sebagai penjaring, dan bukannya gol sendiri oleh UiTM, memberi gambaran yang mereka menerima perbuatan Shukor menumbuk bola dengan tangan. Gambar dari https://twitter.com/HanifMiswan17/status/1391069802127532032

Terengganu vs Selangor:

Ini kemenangan ke-3 Terengganu di tempat lawan, selepas menewaskan Kedah & JDT. Selangor nampak ada kelebihan kerana sudah biasa bermain di tempat sendiri, di padang yang macam bendang 🤣.

Permukaan padang yang becak, tidak rata, ditambah lagi basah kerana hujan pada petang hari, menyukarkan pergerakan pemain. Penalti Ifedayo di separuh masa pertama tak masuk, masa kedua baru masuk. Sekali lagi Ifedayo ada peluang menggelecek & melepasi Suhaimi Husin (keeper Ganu), tapi tak jadi apa.

8/5
Sabah 0 – 1 Kedah

UiTM 1 – 1 KL City
Penang 0 – 3 JDT

9/5
Selangor 1 – 2 Terengganu
Perak 2 – 3 Sri Pahang
Melaka Utd 0 – 0 PJ City

Kedudukan semasa

PasukanPMSKGBDMata
JDT139312862230
Terengganu138322012827
Kedah138232113826
Penang136431814422
Selangor135442220219
KL City ↑1134541714317
Sabah ↓1134451717016
PJ City133641014-415
Sri Pahang ↑2133371622-612
Perak ↓1133371421-712
Melaka Utd ↓1133551519-411
UiTM130211430-262

⁽¹⁾ https://axello.net/video-lihat-shukor-adan-berjaya-melakukan-hand-of-god-messi-pernah-try-tahun-lalu-tapi-tak-jadi/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/301039614799188/

Tulis komen: