JDT juara Piala Sumbangsih lagi + keputusan perlawanan ke-1 Liga Malaysia 2021

  • 158453488_262846405285176_2448834501430254409_n.jpg
  • 158661341_262846411951842_7744973696443178987_n.jpg
  • 157653463_262846418618508_6958662997284229937_n.jpg

Isnin, 8 Mac 2021, 11:05 am

JDT juara Piala Sumbangsih lagi + keputusan perlawanan ke-1 Liga Malaysia 2021.

Biasanya Piala Sumbangsih adalah antara juara liga super tahun sebelumnya melawan juara Piala Malaysia tahun sebelumnya. Tapi tahun lalu, Piala Malaysia dibatalkan ⁽¹⁾, jadi perlawanan tahun ini antara juara dan naib juara liga super tahun lalu.

JDT mencipta rekod memenangi kejuaraan ini 4 tahun berturut². Saya tak sempat tonton siaran langsung perlawanan ini, tapi menurut berita, kaki kiri Safawi belum lagi berkarat 😂 ⁽²⁾.

Saya hanya sempat tengok separuh masa kedua Perak vs PJ City. Perak dilihat sebagai favourite untuk menang, mendapat banyak peluang, tapi banyak disia²kan. PJ City sesekali menyerang balas, hampir² menjaringkan gol kejutan ke atas Perak, terutama sekali percubaan hujung masa Darren Lok. Kredit sekali lagi diberi kepada Kalamullah ⁽³⁾ di atas prestasi baik menyekat gol Perak.

5/3
JDT 2 – 0 Kedah

6/3
Selangor 3 – 1 Sri Pahang
UiTM 1 – 2 Terengganu
Melaka Utd 1 – 1 Sabah
Penang 1 – 0 KL City

7/3
Perak 0 – 0 PJ City

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKDMata
Selangor110023
JDT110023
Terengganu110013
Penang110013
Sabah101001
Melaka Utd101001
Perak101001
PJ City101001
UiTM1001-10
KL City1001-10
Sri Pahang1001-20
Kedah1001-20

⁽¹⁾ azwan082.my/2020/11/piala-malaysia-2020-dibatalkan
⁽²⁾ www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/03/793687/bhplus
⁽³⁾ azwan082.my/2020/09/keputusan-perlawanan-ke-9-liga-malaysia-2020

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: