Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

History Walk Waterfront Kuching

Ahad, 7 Mac 2021, 10:00 am0

Kalau berjalan² kat tebingan Sungai Sarawak, anda akan terlihat kepingan tembaga bersurat ini di lantai waterfront, yang memaparkan ringkasan sejarah Sarawak, 12 keping kesemuanya, yang dinamakan History Walk. Waterfront Kuching siap dibina pada 1993 ⁽¹⁾, jadi info sejarah yang ditulis hanya setakat tahun tersebut saja.

Dalam History Walk ini banyak disebut pasal sejarah pembangunan. Agak ironi, sebab banyak pembangunan waterfront ini menghapuskan binaan sejarah di sepanjang Sungai Sarawak. Jadi, sebelum prasasti ini juga hilang, baik saya simpan dalam bentuk digital:

157768927_262298838673266_3590021658750386652_n.jpg

① — KUCHING

ialah bandaraya utama Negeri Sarawak yang terletak di Pulau Borneo. Kedudukannya hampir dengan khatulistiwa di tebing Sungai Sarawak, 20 kilometer dari Laut China Selatan. Koordinatnya ialah 1° 33’ garis lintang dan 110° 20’ garis bujur.

157162299_262298835339933_3323073872799326593_n.jpg

② — PRA-ABAD KE 19

Wilayah asal Negeri Sarawak yang terkenal dengan antimony, terhad di sekitar kawasan tadahan Sungai Sarawak. Kuching merupakan perkampungan kecil di tepi sungai.

157703203_262298822006601_2715453082014998981_n.jpg

③ — AWAL ABAD KE-19

Kuching merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei dan ditadbirkan oleh para wakil Sultan.

157115853_262298858673264_3132726540726088723_n.jpg

④ — 1836 – 1839

Bapa saudara sultan, Raja Muda Hashim dihantar ke Kuching untuk mengawal para pemberontak yang menentang pemerintahan sultan.

157718068_262298882006595_292688714466622792_n.jpg

⑤ — 1839-1841

Seorang pengembara Inggeris, James Brooke tiba di Kuching dengan kapal Royalist pada 15 Ogos 1839. Raja Muda Hashim memohon bantuan James Brooke untuk mententeramkan para pemberontak yang menentang Sultan Brunei.

157629766_262298852006598_5687278006122629518_n.jpg

⑥ — 1841

Sebagai pengiktirafan terhadap peranannya di dalam mematahkan pemberontakan, James Brooke menjadi Raja Inggeris Sarawak yang pertama pada 24 November 1841.

157319576_262298865339930_8253896916869761173_n.jpg

⑦ — 1868-1941

Charles Brooke mengganti bapa saudaranya sebagai Raja di Sarawak dan kemudiannya diganti oleh anaknya Charles Vyner Brooke. Raja-raja ini berjaya memperkukuhkan peranan Kuching sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan dan lalu mendirikan Astana (1870) dan bangunan-bangunan penting yang lain.

157289354_262298855339931_8221014677320333426_n.jpg

⑧ — PERKEMBANGAN SARAWAK 1841 – 1905

Di bawah pemerintahan Raja Inggeris, sempadan Sarawak terus berkembang. Pada 1905 sempadan yang ada sekarang diwujudkan.

157202118_262298895339927_3398888335538772887_n.jpg

⑨ — 1941 – 1946

Sarawak ditakluki tentera Jepun pada tahun 1941. Para anggota bersekutu ditahan dan dipenjarakan dan penduduk tempatan menderita. Tentera Jepun tewas apabila tentera Australia mendarat di Kuching pada 11 September 1945. Raja Vyner Brooke kembali memerintah Sarawak untuk 75 hari.

157931981_262298885339928_24087992572067336_n.jpg

⑩ — 1946 – 1963

Sungguhpun tentangan hebat dilakukan oleh pejuang anti-penyerahan Sarawak akhirnya menjadi koloni jajahan British. Kegiatan pembangunan semula dimulakan.

157160096_262298875339929_8194681365283871269_n.jpg

⑪ — 16 SEPTEMBER 1963

Sarawak menyertai Malaya, Singapura dan Sabah untuk membentuk persekutuan Malaysia.

157321711_262298892006594_6939049644955045338_n.jpg

⑫ — 1963 – 1993

Sejak merdeka Sarawak terus berkembang. Kuching telah berkembang maju menjadi bandaraya yang moden.

🇲🇾

⁽¹⁾ https://www.klik.com.my/item/story/279530/kuching-waterfront-hampir-siap

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/262299048673245/

Tulis komen: