Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Semua piala mereka sapu, liga pun tak pernah kalah + keputusan akhir Piala Malaysia 2022

317378381_803722507461330_8377773712341599457_n.jpg
317488425_803722547461326_3567751520542124657_n.jpg

Isnin, 28 November 2022, 10:40 pm0

Amy Search nyanyi lagu Negaraku, pewiitt! 😆

JDT vs Selangor

Khairulazhan main bola pakai helmet, sebab separuh akhir yang lalu ⁽¹⁾ dia ada berlanggar semasa masa kecederaan.

Separuh masa pertama, Selangor lebih banyak buat percubaan, mereka bermain high pressing.

Mungkin JDT jangka Selangor main bertahan, mereka nampak agak struggle untuk menyusun serangan, hantaran Corbin Ong & Matthew Davies selalu tak tepat.

Minit ke-45, Matthew Davies jatuhkan Caion dalam kotak penalti. Caion juga yang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pendahuluan Selangor. Farizal dah teka betul arah bola tapi tak cukup cepat untuk merebahkan badan menutup ruang bola laju daripada Caion.

JDT pantas beri reaksi. Leandro menang sepakan percuma di depan gol Selangor, namun sepakannya berjaya dikeluarkan untuk sepakan sudut pada minit 45+5.

Arif Aiman mengambil sepakan sudut & Bergson menanduk menggunakan kepala lututnya untuk gol penyamaan.

Minit ke-59, berpunca daripada gerakan solo Arif Aiman, memberikan bola kepada Bergson & membuat percubaan dekat tapi Khairulazhan dapat tepis. Kemudian Forestieri menyambut bola, bawa ke tengah sedikit untuk dapatkan ruang merembat lencong yang cantik, untuk gol kemenangan JDT ⁽²⁾.

Selangor sebenarnya bermain dengan sangat baik, memberi saingan yang tak pernah dilihat dalam perlawanan liga super musim ini. Cuma beberapa peluang keemasan tidak disudahkan dengan tepat, kalau tak dah 3 gol Selangor.

Manakala JDT berjaya menebus kekecewaan tahun lalu tumpas kepada KL City ⁽³⁾.

Keputusan

26/11
JDT 2 – 1 Selangor

Dengan JDT memenangi ke-4² piala dalam saingan bola sepak Malaysia, ini merupakan treble / quadruple pertama mereka. Dan Sabah layak menyertai Piala AFC tahun depan.

Berita baru masuk, perlawanan persahabatan JDT vs Borrusia Dortmund, JDT tewas 1 – 4, namun gol JDT dijaringkan hasil tindakan solo Arif Aiman ⁽⁴⁾.

Satu lagi berita baru masuk, Safawi dah kawen ⁽⁵⁾, selamat pengantin baru!

Gambar jadual – https://twitter.com/MFL_MY/status/1581622028184223744

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/11/keputusan-separuh-akhir-ke-2-piala-malaysia-2022-kejutan-piala-dunia/
⁽²⁾ https://twitter.com/MFL_MY/status/1596540013583290369
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/12/dan-pemenang-piala-malaysia-2021-ialah/
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/11/1032772/jdt-tewas-kepada-dortmund-aksi-persahabatan
⁽⁵⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/11/1032770/safawi-syifa-rai-majlis-perkahwinan-malam-ini

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/803722577461323/

Tulis komen: