Pawi buat comeback senyap² + keputusan perlawanan ke-9 Liga Super 2021

175016466_288839712685845_7287502591251873097_n.jpg

Isnin, 19 April 2021, 4:35 pm

Pawi buat comeback senyap² + keputusan perlawanan ke-9 Liga Super 2021.

Sri Pahang vs JDT – Bergson yang kena kad kuning, Cabrera pula yang bersungguh² membantah, macam dia yang kena, last² dia sendiri yang mendapat sebab tarik tangan ref 😂.

Tempo perlawanan nampak sederhana ⁽¹⁾, sekali-sekala berbalas serangan. Ezanie Mat Salleh yang melakukan terjahan keras ke atas Cabrera, ketika sudah mendapat kad kuning, terus sedar nasib dirinya akan dibuang padang lepas dengar wisel pengadil.

Tak lama kemudian, Safawi Rasid dimasukkan menggantikan Arif Aiman. Sepanjang Safawi tak main 5 perlawanan yang lalu ⁽²⁾, Arif yang mengisi posisi Pawi telah menunjukkan prestasi yang sangat baik ⁽³⁾. Kini coach Benjamin Mora ada pilihan yang mantap untuk posisi right winger.

16/4
Sri Pahang 0 – 2 JDT
Terengganu 1 – 0 KL City

17/4
Sabah 4 – 0 UiTM
Perak 1 – 1 Kedah

18/4
PJ City 1 – 1 Penang
Melaka Utd 2 – 3 Selangor

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT97202341923
Terengganu ↑19531137618
Kedah ↓19522149517
Penang9441107316
Selangor ↑194231513214
KL City ↓19333108212
PJ City9252811-311
Sabah ↑292341012-29
Perak ↓192341015-59
Melaka Utd ↓192431213-17
Sri Pahang9126615-95
UiTM9018320-171

⁽¹⁾ axello.net/sri-pahang-0-jdt-2-permainan-sederhana-jdt-cukup-untuk-benamkan-sri-pahang
⁽²⁾ azwan082.my/2021/03/get-well-soon-pawi-keputusan-perlawanan-ke-3-liga-super-2021
⁽³⁾ labolamalaya.com/mora-safawi-kena-kerja-keras-singkirkan-arif-aiman

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: