Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Apa citra football coming Rome?

217145455_339516844284798_1008911201275002634_n.jpg

Isnin, 12 Julai 2021, 8:00 am0

Kempunan lagi England nak bawa football balik ke rumah. Takda guna substitute hujung masa tambahan untuk ambil penalti shootout tapi dua² tak masuk, pastu guna saka pun tak lepas 🤣.

Sekarang ni saya tak follow live setiap perlawanan dalam kejohanan yang besar, macam Euro, Copa America & World Cup, saya hanya minat tengok live final saja. Match² lain saya tengok highlight saja.

Dulu² waktu selalu baca surat khabar, mesti ada satu halaman penuh di bahagian sukan, jadual atau carta perlawanan yang ada flow chart dari round of 16 hingga ke final game, kita sendiri isi jadual tersebut.

Tapi jadual atau carta yang saya nak kongsikan di sini format asalnya daripada bapa saya yang reka sendiri macam dalam gambar di atas, ditulis atas kertas untuk jadual perlawanan World Cup sejak 1978. Saya pun ikut lukis sendiri carta perlawanan format ini untuk Euro 2012 ⁽¹⁾, dan juga dalam bentuk digital untuk World Cup 2014 ⁽²⁾ & World Cup 2018 ⁽³⁾.

Untuk Euro 2020, terdapat tambahan yang saya buat pada carta ini. Jenis file yang saya kongsikan di sini menggunakan format SVG, supaya saya dapat letak link ke video highlight kat Youtube pada setiap tarikh perlawanan. Senang nak tengok balik match² yang dah lalu. Ini link dia:

⚽ https://azwan082.my/wp-content/uploads/2021/07/euro-2020.svg

Italy menang, hari ni makan pasta 🍝.

⁽¹⁾ https://blog.azwan082.my/wp-content/uploads/2012/457153_3859112869194_1957349180_o.jpeg
⁽²⁾ https://blog.azwan082.my/wp-content/uploads/2014/05/world_cup_2014.png
⁽³⁾ https://blog.azwan082.my/wp-content/uploads/2018/06/world_cup_2018_24.png

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/339516877618128/

Tulis komen: