Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cuba buat tortilla pizza 🍕

239581872_371696324400183_8469482874537072636_n.jpg
239839753_371696307733518_5007999158614728022_n.jpg

Selasa, 31 Ogos 2021, 4:50 pm0

Waktu buat tortilla wrap & burrito ⁽¹⁾ dulu, saya terfikir apa menu lain yang boleh dibuat guna roti tortilla ni. Lepas tengok video TTT ⁽²⁾, saya pun nak cuba jugak buat ni. Lagipun jarang jumpa doh pizza dijual kat kedai, pizza segera dah siap tu ada.

Tengok kat Instagram

@azwan082

Saya nak cuba masak pizza tortilla ni dalam camping frying pan yang agak kecil, jadi kena potong tortilla tu ikut saiz pan.

Asas untuk topping pizza ialah sos marinara & keju mozzarella. Saya hanya ada sos passata, iaitu sos yang mengandungi isi tomato asli, tak ada campuran lain, jadi hanya ada rasa masam manis tomato. Kena dimasak passata tu dengan campuran bahan² perasa & herba, supaya menjadi sos marinara.

Berkenaan keju pula, mungkin mozzarella tak kena dengan selera saya, sebab tak dapat rasa cheesenya. Hanya dapat tengok cheese tu mencair & dapat ditarik panjang. Kalau kadang² melekat kat gigi, pastu kalau sejuk, dah mengeras balik. Mungkin lain kali saya cuba guna parmesan atau cheddar.

Kemudian untuk bahan² topping lain, ikut selera masing². Saya letak isi tuna, capsicum & buah zaitun jeruk (olive pickle). Saya cuba cari kalamata olive, tapi tak jumpa botol kecil, takut kalau beli banyak tapi tak kena selera, banyak terbazir, dah la harga berpuluh². Yang saya beli ni, spanish olive, bila letak atas pizza dengan isi tuna, bila makan tiba² jadi bau ikan pekasam 😅. Pekasam pun bukanlah favourite saya, tapi makan sajalah. Mungkin juga makanan jeruk ni bukan selera saya, jadi lain kali nak cuba guna buah zaitun fresh pulak kalau ada jumpa.

Frying pan untuk camping ni besi dia nipis, jadi kena panaskan tortilla atas api kecil selama 5-7 minit. Kalau guna frying pan dapur yang non-stick, besi dia lebih tebal, guna api sederhana, 5-7 minit, bertutup supaya bahagian atas pizza juga kena panas.

Hasilnya, pizza ni tak seperti pizza biasa, sebab roti tortilla yang nipis tu mempengaruhi tekstur keseluruhan. Lepas dipanaskan dalam pan, tortilla tu jadi rangup, dan rasanya seperti makan biskut kering dengan topping di atas.

Pizza dalam gambar ke-2 merupakan percubaan ke-2. Ada beberapa perubahan saya buat, antaranya saya hanya lipat saya roti tortilla tu dalam pan, tak potong keliling ikut saiz pan. Isi tuna ganti dengan telur rebus & sos passata tu saya ada bubuh sedikit garam & Moroccan seasoning, jadi rasanya lebih seimbang, tak terlalu kuat masam tomato.

Bagi saya, rasa bila menggigit pizza tu ada expectation tertentu, doh pizza mestilah rasa roti lembut. Tortilla pizza ni tak berapa kena dengan expectation saya tu, lain orang mungkin lain penerimaan, tapi saya mungkin tak cuba buat lagi pizza guna roti tortilla. Kena belajar uli tepung lah nampaknya begini 😆.

Selamat hari kebangsaan ke-64 🇲🇾.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/nama-lain-untuk-tortilla-wrap-adalah-burrito/
⁽²⁾ https://youtu.be/3rQLZi67myg?t=942

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/371696381066844/

Pingback: Pizza roti paon, abaikan tekang di tray tu 😅

Tulis komen: