Masak roti canai kuah dhal kat rumah

Ahad, 12 November 2023, 7:50 am30

Beli yang dah siap buat, cuma panaskan saja guna toaster atau microwave, dah boleh dapat roti terbaik di dunia ini ⁽¹⁾.

BC77D74A-961E-4F35-8F95-BEEAFF813786.jpeg
Brand Kawan ni mesti mereka dah pakejkan supaya portion roti & kuah sepadan.

Dalam sebungkus kuah dhal ada 2 mangkuk plastik, manakala roti canai dalamnya ada 2 bungkusan kecil, setiap bungkusan ada 4 keping roti.

Panaskan semangkuk kuah dhal & 4 keping roti canai, saiz hidangan ini cukup untuk 2 orang.

Nak panas kuah dhal boleh guna microwave, roti canai pula boleh guna toaster. Saya hanya ada sandwich maker, jadi kena guna frying pan untuk panaskan, tanpa minyak, selama 5 minit.

F7C92331-9B11-4AB0-A877-2E6E3831440A.jpeg
Nak cuba roti telur.

Kena panaskan dulu roti canai, lepas tu letak ke tepi. Bubuh beberapa titis minyak dalam frying pan, pecahkan sebiji telur, letak balik roti canai serta-merta ke atas telur tadi & goreng sampai masak.

ECB7A051-A902-47C7-97AB-5B97EF918CFF.jpeg
Musim tengkujuh dah mula, sejuk hujan ni best makan roti canai cicah kuah dhal panas² 🤤.

Selamat hari raya Deepavali 🪔.

⁽¹⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/roti-canai-dinobatkan-roti-terbaik-di-dunia-436718

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1010994526734126/

Tulis komen: