Tortilla wrap lagi untuk gawai 🌯

285542492_542240557345758_7396967554194383071_n.jpg
285489524_542240567345757_2925971365492266398_n.jpg

Rabu, 1 Jun 2022, 8:45 pm52

Tahun lalu ⁽¹⁾ saya buat tortilla wrap yang simple, isi telur rebus. Tahun ni kebetulan beli roti bulat ni lagi dekat bulan baru nak gawai. Kali ni diisi dengan:

  • Nugget ikan Ramly. Tiga biji satu wrap.
  • 2 keping daun salad romaine lettuce
  • Sedikit hirisan bawang merah
  • Sos thousand island dengan sos cili paket McD

Isnin lalu buat terlebih banyak sangat isi, dalam satu wrap letak 6 biji nugget dengan 3 keping daun salad, sampai tak dapat nak gulung. Bila dibakar (toast), habis keluar balik semua isi.

Kali ni saya toast guna frypan atas induction cooker, ada cabaran dia sendiri. Kalau guna power level satu kat induction cooker, power kat induction tu dikawal secara sekejap on, sekejap off, tak cukup panas frypan jadinya.

Kalau guna power level dua pula, power kat induction tu on berterusan, pada 800W, jadinya terlebih panas kalau terlalu lama toast tortilla ni. Tu yang jadi ada sedikit hangus pada roti tortilla.

Apa pun, tortilla wrap ni nang nyaman. Selamat hari , gayu guru gerai nyamai, jom tengok M’sia vs Hong Kong 😆.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/tortilla-wrap-gawai-%f0%9f%8c%af/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/542240660679081/

Tulis komen: