Tonton MyTV dilengkapi info rancangan semasa di smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Nama lain untuk tortilla wrap adalah burrito

195497002_315668716669611_8817197836215898465_n.jpg
196117377_315668710002945_4612115940615579413_n.jpg

Khamis, 3 Jun 2021, 5:55 pm0

Tortilla adalah roti keping bulat tu. Burrito pulak nama menu yang menggunakan tortilla. Antara menu lain menggunakan tortilla ialah taco & fajita. Nanti² nak jugak try buat 😁.

Selalunya burrito ada berisi nasi atau kacang lenyek (refried bean). Di sini saya cuba buat menggunakan bahan² sedia ada – kepingan seaweed Tao Kae Noi, pastu potongan tomato ceri, isi tuna, nasi putih, dan last sekali bubuh salsa.

Sebaiknya isi burrito adalah sebanyak ini, seperti dalam gambar, supaya nanti bila digulung, taklah sampai terkeluar. Semasa di-toast atas frying pan, tekan sikit supaya burrito tu meleper sikit, barulah gulungannya tak terbuka balik.

Disebabkan isi burrito ni ada seaweed & tuna, bila rasanya seperti gabungan Mexico 🌯 & Jepun 🍣.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/315668746669608/

Pingback: Cuba buat tortilla pizza 🍕

Tulis komen: