Pizza roti paon, abaikan tekang di tray tu 

Isnin, 20 September 2021, 7:55 pm
Sebelum ni guna roti tortilla, jadi macam biskut kering pulak pizza โฝยนโพ. Kali ni #resipi guna roti paon, lebih mudah & lebih jadi rupa pizza.
Perbezaan kali ini selain roti, saya guna sos tomato & keju cheddar sebagai asas (base). Pastu letak topping, kemudian barulah letak keju mozzarella. Tabur sikit moroccan seasoning, bagi ada rasa manis masin sikit. Akhir sekali panaskan dalam toaster oven selama 2-3 minit, barulah keluar bau pizza sebenar. 2 keping pizza ni cukup satu meal #makan.
Tray tu bersih sebenarnya, dah cuci, cuma masih ada tinggalan kesan hangus & kesan degil. Nak kena rendam dengan cuka & baking soda nanti baru bersih berkilat .
โฝยนโพ https://azwan082.my/2021/08/cuba-buat-tortilla-pizza-%F0%9F%8D%95/
Vending machine kena ada kat setiap R&R PanBorneo
21 September 2021