Merasai mac n cheese Prego

Jumaat, 11 Oktober 2019, 5:30 pm231

Makaroni dan keju (mac & cheese) adalah makanan ringan yang berasal dari England tapi popular di Amerika dan Kanada. Ia diperbuat daripada pasta makaroni dan sos keju, selalunya keju jenis cheddar. Secara asasnya makaroni & keju terdiri daripada dua bahan tersebut, tetapi kebanyakan resipi sekarang menambah pelbagai bahan lain seperti sosej, tomato, daun bayam dan lain² bagi menambah rasa dan juga khasiat.

① – Kebetulan semasa berjalan² kat pasaraya ada terjumpa sos pasta makaroni & keju daripada Prego, dan saya pun teringin nak merasa, sebab selalu tengok video cara buat resipi ni kat Instagram 😁.

Satu tips untuk memasak makaroni sehingga cukup masak, ataupun disebut al dente, ialah dengan mengikut langkah ini:

i. Isi air dalam periuk, letak atas dapur nyalakan api dan terus masukkan makaroni untuk direbus. Tak perlu tunggu air itu mendidih. Tambah sedikit garam untuk mempercepatkan air mendidih dan mengelak makaroni melekat pada periuk.

Ada juga yang letak minyak zaitun (olive oil) atau minyak masak untuk mengelak makaroni daripada melekat pada periuk, tapi setakat ini, saya gunakan garam dan kacau makaroni semasa direbus pun dapat mengelak perkara yang sama.

ii. Apabila air mula mendidih, mulakan kiraan masa selama 5 minit. Kecilkan api menjadi sederhana untuk mengelak boil over (air mendidih sehingga melimpah). Kacau makaroni sekali sekala supaya tidak melekat.

iii. Selepas 5 minit, tutup api, tunggu lebih kurang seminit, kemudian baru toskan.

② – Gaulkan sos makaroni & keju Prego bersama² makaroni. Di sini saya membuat meal prep, ataupun makanan yang disediakan beberapa hari lebih awal, nanti bila nak makan hanya panaskan sahaja & terus makan.

Sebotol sos Prego cukup untuk setengah bungkus makaroni 450g, atau pun kira² 200g, dan ini cukup untuk mengisi 3 bekas plastik makanan seperti dalam gambar dibawah.

Keju yang digunakan dalam sos ini, bau dan rasanya lebih kurang macam keropok keju Golden Ring atau Super Ring, agaknya inilah keju cheddar 🧀.

③ – Saya ada tambah telur goreng sebelum menyimpan makaroni ini, tapi hari ini ada 불고기 (bulgogi), makan semua sekalilah. Jemput makan 🍽.

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru blog ini.

Pin this image:

Komentar (1):

Pingback: Mac & cheese segera Prego

Tulis komen:

Reaksi Belanjawan 2020

15 Oktober 2019

Masjid Terapung Kuching

8 Oktober 2019