Pilih periuk nasi yang padan dengan cara guna

Sabtu, 18 Jun 2022, 12:45 pm308

288048801_553044406265373_914202978751840953_n.jpg
Jenis bertutup rapat.

Pada mulanya saya pilih periuk nasi elektrik jenis bertutup rapat begini, sebab ingat nak dapat simpan nasi lama sikit kat periuk sebelum simpan dalam peti sejuk.

Tapi alas penutup periuk ni jenis yang tak dapat ditanggalkan untuk dicuci, hanya dapat dicuci guna span atau tisu, jadi tak berapa bersih. Menyebabkan nasi jadi cepat basi kalau disimpan bertutup walaupun tak sampai sehari.

Jadi selepas masak nasi, lepas saya terus letak nasi lebih dalam bekas plastik & simpan dalam peti sejuk. Tak dapat nak letak periuk nasi tu sendiri dalam peti sejuk, sebab tak ada penutup. Kena tutup kalau tak nak nasi jadi kering mengeras atau peti sejuk jadi berbau.

Warna periuk nasi juga memain peranan. Kalau warna hitam begini, waktu cuci , susah nak nampak kutu beras untuk dibuang. Kadang² termasak sekali kutu² tu semua, dapat protein ekstra 🥴.

Sebelum ni saya ada cerita pasal tray pengukus ⁽¹⁾. Periuk nasi ni sebenarnya ada datang sekali dengan tray pengukus, tapi saiznya kurang kondusif. Agak sempit bila nak diguna untuk masak nasi & mengukus sekali.

Kadang² kalau masak nasi guna banyak air, air menggelegak sehingga keluar dari periuk & terkena makanan yang dikukus. Itu bukan mengukus lagi, tu dah kena separuh rebus 😅.

Tray pengukus ni diperbuat daripada plastik, berbeza daripada periuk nasi biasa yang tray pengukus diperbuat daripada besi. Kalau guna atas induction cooker, kira ok lagi, tapi kalau gas, mungkin boleh lebur pengukus ni 😳.

287692030_553044422932038_4586181808507307764_n.jpg
Brand Haier.

Rasanya ini kali pertama saya pilih brand ni, sebelum ni beli brand Khind, Pensonic atau Elba. Tak pasti kalau produk Haier ni rendah kualitinya, sebab cerek elektrik ni, baru 5 bulan guna, dah hangus wayar kat tapak letak cerek (electric kettle base).

Saya dah buka tapak tu, tengok wayar atau kepingan konduktor kat dalam, mana yang hangus atau terputus, tapi semuanya nampak ok. Sekarang cerek ni hanya dijadikan jag air saja.

Periuk nasi Haier tidaklah berkualiti rendah, cuma ada beberapa kepincangan pada rekaan (design flaw) yang membuatkan penggunaannya tak berapa padan dengan cara guna yang saya praktikkan.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/nak-kukus-pau-tapi-takda-tray-pengukus/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/553044462932034/

Tulis komen: