Mencuba roti garlic naan brand Mission

Rabu, 9 Februari 2022, 8:25 pm282

Mencuba roti garlic naan brand Mission.

Makan dengan kuah kari kambing yang saya buat meal-prep sebelum ni ⁽¹⁾. Brand Mission ni biasanya saya jumpa roti tortilla, tak tau pulak ada jugak buat roti naan.

Satu bungkus ada 4 keping, cukup untuk 2 orang , itu pun agaknya dua² akan kekenyangan. Bungkusan plastik tu ada pelekat untuk seal balik (resealable).

Sebaiknya roti naan ni dipanaskan atau dicanai atas fry pan secara kering (toast), barulah bau sedap herba kat roti tu keluar 😋.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/02/masakan-pertama-di-dapur-baru-kari-daging-kambing-brahims/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/471398417763306/

Tulis komen: