← November 2021
Ahad, 31 Oktober 2021, 12:55 pm
Banyak pasukan kalah besar + keputusan perlawanan ke-3 Piala Malaysia 2021.
Saingan bersambung lepas rehat 3 minggu. Juara Liga Perdana, N. Sembilan menarik diri dari saingan Piala Malaysia kerana beberapa orang pemain & pegawai disahkan positif Covid-19 ⁽¹⁾. Oleh itu setiap perlawanan dijadualkan dengan NS, pasukan lawan diberikan kemenangan percuma 3-0. Pasukan Sarawak Utd pula bakal berdepan hukuman jika gagal melunaskan tunggakan gaji pemain ⁽²⁾.
Baca penuh ↓
Sabtu, 30 Oktober 2021, 8:35 pm
Monitor LCD vs peti sejuk.
Kalau pasang monitor komputer pada litar #elektrik yang sama (sama fius / breaker utama) dengan peti sejuk, nanti bila compressor peti sejuk mula beroperasi, skrin monitor akan terpadam sekejap, disebabkan lonjakan tiba² arus elektrik ke peti sejuk, yang mengurangkan arus elektrik ke monitor.
Baca penuh ↓
Jumaat, 29 Oktober 2021, 7:40 pm
Air tin Sundrop mesti rasa macam buah sebenar.
Yang ini air jus limau nipis, cukup seimbang rasa masam manis buah, macam baru diperah, memang cun dengan tagline ‘from fresh squeezed lime’. Minum sejuk² rasa segar.
Baca penuh ↓
Khamis, 28 Oktober 2021, 5:55 pm
Bagi ruang untuk pokok capsicum membesar dalam hidroponik kratky.
Ini status 2 minggu selepas memindahkan ⁽¹⁾ anak pokok capsicum (lada benggala / sweet pepper) ke dalam tong berisi larutan nutrien #hidroponik / baja AB.
Baca penuh ↓
Rabu, 27 Oktober 2021, 7:40 pm
Dua tahun tak ke #Serikin, dah penuh belukar gerai² yang terbiar.
Sejak mula pandemik tahun lalu, peniaga dari Indonesia tak dapat berniaga kat sini, sehingga sekarang, sempadan negara masih lagi tutup. Banyak gerai² di tepi #jalan di sini dah dipenuhi rumput & tumbuhan menjalar naik hingga ke atap. Kat tempat parking sini pun dah makin menebal rumputnya, dulu hanya nampak batu saja.
Baca penuh ↓
Selasa, 26 Oktober 2021, 10:30 pm
Kalau Jihyo ikut Squid Game mungkin dia jadi pemenang.
#RunningMan minggu lalu episod 576, mereka main salah satu game dalam drama Squid Game yang popular kat Netflix sekarang, iaitu melintas jambatan kaca.
Baca penuh ↓
Isnin, 25 Oktober 2021, 12:45 pm
Taman Hokkien MBKS, dalam album panorama 360.
Taman ini adalah salah satu daripada beberapa taman yang terdapat dalam kawasan #KuchingPark di sekitar bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Baca penuh ↓
Ahad, 24 Oktober 2021, 9:50 pm
Kali ni bateri kereta tahan dekat 3 tahun.
Bila tengok balik resit, #bateri #kereta #vivaturbo ni last tukar bulan 12 2018, sekarang dah kira 2 tahun 10 bulan dah. Start awal bulan ni volt bateri dah mula lemah. Tapi masih dapat guna lagi, bila nak start kereta, guna powerbank jump starter ⁽¹⁾. Bila tak bawa kereta 3 hari lebih, dah tak dapat start lagi, kena guna jump start.
Baca penuh ↓
Sabtu, 23 Oktober 2021, 11:45 am
Buat kopi McD homemade.
Ini jadinya bila selalu tengok video camping, macam² nak ikut
. Yang ni saya cuba ikut buat #kopi titis (drip coffee). Guna biji kopi belum dikisar, saya kisar sendiri guna pengisar manual, 2 sudu besar biji kopi untuk satu mug stainless steel ni, boleh exercise tangan pagi²
.
Baca penuh ↓
Jumaat, 22 Oktober 2021, 7:50 pm
Pasang dashcam hardwire kit #DIY untuk Perodua Viva.
Tujuan saya buat sambungan hardwire ke sistem elektrikal #kereta #vivaturbo ialah supaya mengurangkan kabel USB ke adapter di pencucuh rokok atau soket 12V. Port USB dari soket 12V tu pula boleh guna untuk cas lebih banyak peranti elektronik lain.
Baca penuh ↓