Air tin Sundrop mesti rasa macam buah sebenar
Jumaat, 29 Oktober 2021, 7:40 pm570
Air tin Sundrop mesti rasa macam buah sebenar.
Yang ini air jus limau nipis, cukup seimbang rasa masam manis buah, macam baru diperah, memang cun dengan tagline ‘from fresh squeezed lime’. Minum sejuk² rasa segar.
Satu lagi produk popular daripada Sundrop ialah air jus oren, dulu² selalu #minum waktu raya. Rasanya sama macam buah limau mandarin (tangerine).
Selain daripada jus buah, Sundrop juga mengeluarkan air teh tarik dan kopi susu kaw ⁽¹⁾.
Brand Sundrop ni dah wujud sejak 1957, Sarawak masih lagi dibawah pemerintahan British ⁽²⁾.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/07/kombinasi-minum-petang-klasik-kopi-pahit-kuih-manis/
⁽²⁾ https://sundrop.com.my/