Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Terpaksa buang satu lagi pokok capsicum

Sabtu, 20 November 2021, 3:55 pm0

258572600_422700869299728_3433911932755934942_n.jpg

① – Salah satu daripada 2 pokok capsicum dalam satu tong ni nampak agak terbantut pembesarannya, walaupun ada buah yang dah mula menjadi. Terpaksalah untuk korban satu pokok ni, supaya pokok yang satu lagi dapat fokus sepenuhnya menghasilkan buah.

Sekarang pokok capsicum utama ini mempunyai banyak tunas & dahan baru yang menghasilkan banyak bunga & tak lama lagi akan jadi buah.

257328724_422700842633064_3546941358156562210_n.jpg

② – Daripada 2 pohon ketumbar yang saya pindah minggu lalu ⁽¹⁾, satu dapat hidup & akarnya dapat tumbuh memanjang untuk menyerap nutrien daripada air baja.

Manakala satu lagi, akarnya mungkin rosak semasa dipindahkan, tak tumbuh & nampak memburuk pangkal akarnya, tak dapat nak serap nutrien. Kalau ketumbar ni mati, saya akan ganti dengan sayur lettuce yang baru disemai ⁽²⁾.

254553124_422700859299729_3681819274452900963_n.jpg

③ – Sayur sawi ni pula, kesemuanya dah nampak tumbuh daun sebenar, yang tepinya nampak tajam² tu. Daun yang nampak membulat tu daun kotiledon, yang mula tumbuh daripada biji benih.

Tapi tak kesemuanya tumbuh pada kadar yang sama, ada sawi yang masih terlalu kecil daun sebenar dia. Sawi yang bantut tu juga mungkin akan digantikan dengan sayur lettuce nanti.

257692247_422700899299725_6053150821959179276_n.jpg

④ – Disebabkan angin yang kuat, pokok capsicum & tomato ceri yang dah mula memanjang, sering tumbang. Jadi saya ikat terus sehingga semuanya nampak menyandar pada pagar dawai 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/11/pokok-capsicum-asyik-tumbang-dari-netpot-tanaman-baru-dalam-hidroponik-kratky/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/11/capsicum-dah-mula-berbunga-tak-lama-lagi-keluar-buah/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/422700952633053/

Pingback: Hujung daun nampak terbakar, tanda kekurangan potassium

Tulis komen: