Hujung daun nampak terbakar, tanda kekurangan potassium
Jumaat, 26 November 2021, 9:40 pm0
① – Banyak daun pokok capsicum nampak kesan terbakar di hujungnya. Kalau di-google, ini menunjukkan pokok kekurangan unsur potassium ⁽¹⁾.
② – Saya check larutan baja dalam kesemua 3 tong pokok capsicum, rata² paras air dah kurang dari separuh isipadu tong. Bacaan EC juga jadi tinggi, dalam 4.1 mS/cm. Air baja tak pernah lagi saya tambah sejak pindah anak pokok capsicum ke dalam tong ini 6 minggu lalu ⁽²⁾.
Mungkin apabila netpot sering senget ⁽³⁾, air baja lebih mudah menyejat keluar. Dan apabila air semakin berkurangan, kepekatan nutrien meningkat, sebab tu bacaan EC juga naik.
③ – Saya bancuh lagi baja AB sehingga 2.0 mS/cm, dan bila ditambah ke dalam tong pokok capsicum, bacaan EC jadi 3.1 mS/cm. Isipadu air juga sehingga paras netpot.
Daun yang ada kesan terbakar tu takkan pulih, jadi harap daun baru yang tumbuh tak ada masalah ni lagi. Putik bunga capsicum banyak gugur, harap ada yang tumbuh baru & tahan sehingga jadi buah.
④ – Larutan air baja dalam kotak plastik untuk tomato ceri, ketumbar & sawi pun saya tambah lagi, tapi bacaan EC kat kotak ni hanya setakat 2.0 mS/cm.
Hanya satu pohon ketumbar yang survive. Dalam netpot satu lagi, saya pindah sayur lettuce yang dah berumur 3 minggu lepas semai. Lettuce hanya mengambil masa 4 minggu untuk membesar sehingga boleh dituai, jadi nak tengok berapa cepat ia tumbuh dalam #kebun #hidroponik kratky ni.
⁽¹⁾ https://cropnuts.com/plant-nutrient-deficiency-symptom-guide-for-crops/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/10/pindah-anak-pokok-ke-hidroponik-kratky-method/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/11/terpaksa-buang-satu-lagi-pokok-capsicum/
25 November 2021