Safiq Rahim tumbuh tanduk, pukul 1 pagi baru habis game + separuh akhir ke-2 Piala Malaysia 2021

260316446_427002962202852_8206221910390209022_n.jpg

Sabtu, 27 November 2021, 1:50 pm482

*JDT vs Terengganu*

15 minit pertama, JDT buat serangan blitzkrieg menjaringkan 3 gol sementara Terengganu belum settle down, nampak macam balas dendam game kat Stadium Sultan Mizan 😅.

Minit ke-16, Safiq Rahim dibuang padang selepas men-zidane-kan Faisal Halim ⁽¹⁾. Mungkin Faisal ada mencarut ke apa yang buat Safiq koyak mentalnya hingga menyerang sebegitu rupa 🤷‍♂️.

Minit ke-36, larian Azarul Nazarith melepasi perangkap offside, menghantar bola kepada Jordan Mintah yang berada di hadapan gol tanpa ada defend & keeper JDT, tapi tolakannya melambung tinggi – miss of the season.

Minit ke-45, Habib Haroon mencuba volley kick yang deras, tapi sipi di tepi tiang gol.

Separuh ke-2, Terengganu dijangka meningkatkan serangan dengan membuat banyak pertukaran pemain, tapi banyak hantaran dibuat tak tepat & tak banyak percubaan dicipta.

JDT pula lebih banyak membuat taktik melengahkan masa permainan, sehingga Farizal Marlias pun kena kad kuning.

Melaka Utd vs KL City

Perlawanan yang tergendala satu jam akibat masalah bekalan elektrik yang mengganggu fungsi lampu limpah stadium & sambungan internet. Lepas habis game JDT vs TFC, dapat sambung tengok game ni. Separuh masa pertama KL City mendahului.

Minit ke-65, Melaka Utd menyamakan kedudukan menerusi corner Sonny Norde & disambut Syamim Yahya.

Minit ke-67, cubaan bicycle kick oleh Zhafri Yahya (KL City) tak tepat, tapi kakinya tinggi sangat hampir kena kepala pemain lawan & salah landing menyebabkan kesakitan di pinggul 🤕.

Gaya permainan Sonny Norde ni agak individualistik, banyak membuat larian solo kemudian melepaskan rembatan. Banyak kali juga rembatan yang melayang keluar tak kena sasaran, padahal ada rakan sepasukan yang sedia menerima hantaran.

Masuk extra time, makin ramai pemain injured & kekejangan. Tambahan pula game lambat mula sejam & berlanjutan ke penentuan sepakan penalti. Pukul 1 pagi baru habis 🦉.

Dalam semua 5 sepakan penalti yang diambil KL City menuju ke kiri gol, tapi Khairul Fahmi merebahkan badan ke kanan. Hanya pada sepakan terakhir, baru KFC menuju ke kiri, dapat menepis sedikit bola tapi tetap masuk gol.

Keputusan

26/11
JDT 3 – 0 Terengganu (aggr. 4 – 1)
Melaka Utd 1 – 1 KL City (aggr. 2 – 2, penalti 3 – 5)

⁽¹⁾ https://axello.net/video-safiq-rahim-meng-zidane-kan-faisal-halim/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/427002992202849/

Tulis komen: