Disember 2021

Tak terpilih skuad kebangsaan, Arif Aiman bantu JDT ke separuh akhir + keputusan suku akhir ke-2 Piala Malaysia 2021

19 November 2021, 1:20 pm

Pemain muda JDT, Arif Aiman menjadi sebutan selepas namanya tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan ke Piala AFF 2020. Beliau yang memberi persembahan cemerlang sehingga menjadi kesebelasan utama JDT, menolak Safawi Rasid ke senarai pemain gantian. Arif bersama 4 pemain JDT lain yang kerap mewakili negara, dikatakan tidak disenarai bagi memberi peluang mereka untuk ‘berehat’ ⁽¹⁾.