Pokok capsicum asyik tumbang dari netpot + tanaman baru dalam hidroponik kratky
Jumaat, 12 November 2021, 6:35 pm

① – Pokok capsicum sekarang dah besar tinggi, tak muat untuk dua pokok dalam satu pasu hidroponik. Kena pindah satu pokok ke tong baru & lubang di tong lama ditutup supaya air baja tak kena cahaya matahari.

② – Satu lagi masalah bila letak 2 pokok dalam satu tong ialah apabila angin bertiup, kedua²nya terangkat & hampir terkeluar dari netpot. Banyak bunga ⁽¹⁾ capsicum gugur disebabkan hal ini.
Saya hanya ada satu tong ekstra untuk pindah pokok capsicum, jadi di tong yang satu lagi ni, terpaksa dibiarkan 2 pokok. Boleh jadi spesimen pembolehubah, macam dalam eksperimen sains pulak . Nak tengok berapa banyak beza kalau tanam satu tong 2 pokok & satu tong satu pokok.

③ – Di kotak plastik yang ada tomato ceri ⁽²⁾, saya kekalkan 2 netpot untuk pokok tomato, dan terpaksa buang 2 yang lain, untuk digantikan dengan anak pokok ketumbar (coriander).

④ – Saya ada satu lagi kotak plastik, yang ini saya letak anak sayur sawi. Bacaan EC air baja dalam kotak ini juga 2.0 mS/cm. Semua ini eksperimen nak tengok kadar pertumbuhan tumbuhan & sayuran ni kalau guna kaedah hidroponik kratky.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/11/capsicum-dah-mula-berbunga-tak-lama-lagi-keluar-buah/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/11/giliran-tomato-ceri-dipindah-ke-hidroponik-kratky/
Ditemani periuk berasap, dan bau daging
14 November 2021