Capsicum dah mula berbunga, tak lama lagi keluar buah
Ahad, 7 November 2021, 8:50 pm0
![254150326_414807490089066_2260229058462984006_n.jpg](https://azwan082.my/wp-content/uploads/2021/11/254150326_414807490089066_2260229058462984006_n.jpg)
① – Ini status 7 minggu lepas semai & 3 minggu lepas pindah ke dalam #hidroponik kratky. Rasa macam cepat jak capsicum ni mula berbunga, berbanding cili. Tapi tak jauh beza sebenarnya, kalau google info tanaman cili, cili mula berbunga dalam 9 minggu lepas semai.
![249024773_414807506755731_3685984030146465966_n.jpg](https://azwan082.my/wp-content/uploads/2021/11/249024773_414807506755731_3685984030146465966_n.jpg)
② – Ikut petua tanam cili, tunas air begini kena dibuang. Sebab tunas ini akan mencuri nutrien yang sepatutnya digunakan pokok untuk menghasilkan cabang baru yang tinggi & menghasilkan buah. Untuk capsicum, saya tak pasti petua ni bermanfaat atau tak, tapi cuba jak lah .
P.s: Benih lettuce baru saja disemai 3 hari lalu, dah nampak sedikit bercambah. Bertambah lagi ahli #kebun hidroponik.