Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Harimau bertelur + perlawanan ke-3 AFF Suzuki Cup 2020

266315786_436693181233830_7486973780344379060_n.jpg

Isnin, 13 Disember 2021, 9:00 pm0

Vietnam vs Malaysia

Minit ke-20 Aidil Zafuan datang balik kecederaan hamstring, digantikan dengan Dominic Tan di posisi bek tengah.

Malaysia lemah kawalan bola, selalu hilang bola & apabila mendapat bola, sekurang²nya 2 pemain Vietnam datang membuat pressing untuk merampas semula penguasaan bola.

Minit ke-33 peluang Luqman Hakim selepas kesilapan hantaran balik defend Vietnam, tapi sepakan jauh dari gol, peluang sulung Malaysia selepas Vietnam skor gol pertama.

Syafiq Ahmad memiliki 2 peluang untuk jaringkan gol selepas mendapat hantaran Baddrol Bahtiar, tapi penyudah tumpul, mudah keeper Vietnam selamatkan.

Pengulas, Azman Adnan, yang juga bekas pemain legend Selangor, berpendapat Malaysia tak ada passing & moving, barisan serangan tak ada movement untuk pemain tengah & bawah hantar bola.

Separuh masa ke-2, De Paula masuk gantikan Luqman Hakim, Kogileswaran masuk gantikan Muhairi Ajmal.

De Paula juga kurang impak, tak dapat banyak peluang & sering hilang bola. Azman Adnan kata De Paula kena pergunakan fizikal yang tinggi untuk lebih gagah menghadap defend Vietnam, takkan kena bentes sikit dah jatuh, minta free kick. Ganti dengan Nwakame lagi bagus 😅.

Minit ke-68, Shahrul Saad diusung keluar, seorang lagi pemain bek Malaysia alami kecederaan, diganti dengan Ariff Farhan.

Arif Aiman & Safawi tenggelam dikawal ketat defend Vietnam. Bila dapat bola & mahu membuat gerakan, selalu di-press oleh 2 atau 3 orang pemain Vietnam.

Perbezaan paras fitness juga nampak ketara, di hujung perlawanan, ketika ramai pemain Malaysia dah mula berjoging², pemain Vietnam bila dapat bola, macam lipas kudung berebut² berlari buat gerakan menyerang. Masih dapat mereka kekalkan fitness walaupun seminggu lebih tak makan babi ⁽¹⁾ 🤪.

Secara taktikalnya, saya rasa Tan Cheng Hoe nak pemain bermain dengan intensiti sederhana & lebihkan bertahan, supaya mengurangkan risiko lebih ramai pemain mengalami kecederaan, sebab Malaysia hanya bawa 24 pemain, sekarang tinggal 18 orang yang fit untuk bermain.

Keputusan

12/12
Vietnam 3 – 0 Malaysia (highlight: https://youtu.be/v0X4icmNHsA)

Update: Khairulazhan & Faisal Halim dah boleh join main selepas kena kuarantin, manakala giliran Akhyar Rashid pula kena kuarantin sebab positif Covid-19 ⁽²⁾.

⁽¹⁾ https://www.utusan.com.my/sukan/2021/12/selepas-kecewa-tak-dapat-makan-daging-babi-ketika-piala-aff-vietnam-kini-mampu-tersenyum/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/600940324312541

Lama tak makan pau

12 Disember 2021

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/436693221233826/

Tulis komen: