Tamat dah perjuangan Emau Malaya di Piala Suzuki AFF 2020

269600112_440882684148213_7725225577532723252_n.jpg
269612206_440882680814880_3086108539419097581_n.jpg

Isnin, 20 Disember 2021, 8:30 pm306

*Malaysia vs Indonesia*

Dari awal minit ke-4 dah nampak petanda, Khairul Fahmi dah tangkap bola tapi bila nak bangun, bola terlepas dari dakapan untuk beri Indonesia sepakan sudut.

Hanya 10 minit terawal dapat lihat Malaysia mengawal bola & dapat buat gerakan menyerang yang agak lancar.

Minit ke-11, daripada kesilapan clearance oleh defend Indonesia, Kogileswaran dapat sambut bola & buat rembatan curl untuk Malaysia mendahului.

Gol awal tak beri kelebihan untuk Malaysia, sebab lepas tu nampak defend semakin berterabur, banyak ball-watching & pemain Indonesia semakin mudah untuk lepas dari kawalan.

Minit ke-23, nampak Safawi ditolak dengan dua tangan tapi ref tak beri penalti.

Di pasukan Indonesia, dapat diperhatikan pemain no. 12, Pratama Arhan, pakar membuat lontaran ke dalam jarak jauh. Walaupun dari tepi padang, dia lontar bola sampai dekat tiang gol, dah macam bola dari corner kick.

Minit ke-34, Syafiq Ahmad dapat hantaran Safawi, dan menyepak lambung menewaskan penjaga gol, cuma bola tak singgah ke dalam gawang.

Mula minit ke-35, Indonesia mulakan jaringan gol. Kebanyakan gol terhasil akibat Syahmi Safari meninggalkan posisi di bahagian kiri tiang gol Malaysia & Irfan Jaya mengambil kesempatan tersebut untuk meledak 2 gol.

2nd half, Malaysia membuat beberapa pertukaran, Dominic Tan menggantikan Safawi yang injured, tapi Dominic lebih kepada posisi defender.

Akhyar Rashid & De Paula pun dimasukkan untuk tingkatkan serangan, namun gandingan mereka terlalu longgar. Akhyar & Arif Aiman pemain yang laju, tapi bila mereka dah masuk kawasan Indonesia, target man Malaysia di bahagian tengah masih joging² nak datang, iaitu De Paula.

Dion Cools saya lihat seorang pemain yang versatile, boleh di bahagian bawah, tengah & atas. Separuh pertama dia lebih kepada defender, separuh kedua dia banyak naik ke bahagian tengah & serangan, tapi bahagian defend jadi rapuh bila hanya tinggal Junior Eldstal, Rizal Ghazali & Dominic Tan.

Minit ke-59, Dion membuat challenge ke atas keeper, dan bola disambut Syafiq Ahmad untuk membuat jaringan, tapi tidak dikira kerana foul Dion.

Secara keseluruhan, Indonesia layak menang dengan persembahan pasukan mereka yang mantap. Boleh baca ulasan media lain yang lebih komprehensif: Axello Tacts ⁽¹⁾, Semuanya Bola ⁽²⁾, Vocket FC ⁽³⁾, dan The Sukan ⁽⁴⁾.

Bagi saya, bila tengok persembahan Malaysia semasa lawan Laos & Kemboja, walaupun menang, tapi boleh nampak kelemahan pada kawalan bola semasa nak buat gerakan, sebab seringkali hilang bola & pemain tercari² kawan untuk passing.

Keputusan pihak pengurusan yang membawa 24 pemain sedangkan boleh bawa 30 orang & mengutamakan pemain yang rendah minit permainan juga sedikit sebanyak merosakkan perancangan kempen Piala AFF kali ini.

Pasukan kali ini belum dapat digelar harimau, hanya setakat Malaya jadilah 😂.

Keputusan

19/12
Malaysia 1 – 4 Indonesia (highlight: https://youtu.be/hyMvFIxv5ec)

⁽¹⁾ https://axello.net/penipuan-tch-dan-kehebatan-indonesia-antara-5-perkara-daripada-aksi-malaysia-1-indonesia-4/
⁽²⁾ https://www.semuanyabola.com/cheng-hoe-akui-skuad-tempang-tanpa-aidil-shahrul-tae-yong-puji-aksi-indonesia/
⁽³⁾ https://www.vocketfc.com/safee-sali-projek-naturalisasi-antara-punca-kegagalan-pasukan-negara/
⁽⁴⁾ https://thesukan.net/maka-benarlah-faktor-yang-digariskan-media-indonesia-sebelum-perlawanan-bahawa-mereka-akan-menang/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/440882730814875/

Pingback: French fries + serbuk kari megi

Pingback: Dah start musim sejuk 🥶

Tulis komen: