Safawi hatrik + perlawanan ke-2 AFF Suzuki Cup 2020

266689143_434914124745069_2366504707651927683_n.jpg

Jumaat, 10 Disember 2021, 8:50 pm306

*Malaysia vs Laos*

5 minit pertama, Laos yang mengawal bola. Minit ke-7, Arif Aiman berjaya mencuri bola & membawa masuk ke kotak penalti Laos, cross kepada Safawi untuk gol pertama.

Minit ke-10 corner oleh Baddrul Bahtiar, tandukan oleh Syafiq Ahmad ditepis & kena palang gol. Tandukan susulan oleh Aidil Zafuan pula tinggi.

Minit ke-24, rembatan Safawi kena muka pemain Laos, permainan stop seketika.

Nama Akhyar Rashid tak ada dalam senarai pemain simpanan, dengar cerita dia kurang sihat.

Minit ke-34, menerusi corner menuju far post, Safawi menanduk ke tengah gol & defend Laos cuba sepak keluar bola tapi gagal, untuk gol ke-2.

Rumusan setakat 60 minit, Malaysia bermain dengan lebih tenang, hantaran pun lebih tepat kali ni.

Minit ke-74, Shahrel Fikri one-on-one dengan keeper, tapi ditepis keeper. Seminit kemudian, sekali lagi dapat umpanan dalam kotak penalti, buat turning & try tapi kena tiang. Mungkin sebab sepak guna kaki kiri yang bukan dominan.

Minit ke-77, Baddrol Bahtiar dapat lihat larian Shahrul Saad & buat killer pass, one-on-one dengan keeper & berjaya jaringkan gol ke-3. Pengulas kata, Shahrul sebagai pemain bek, nak tunjuk ajar Shahrel Fikri macam mana berdepan keeper 😅.

Minit ke-79, Kogileswaran menghantar bola ke belakang baris defend Laos untuk Safawi skor hatrik.

Keputusan

9/12
Malaysia 4 – 0 Laos (highlight: https://youtu.be/jDKUOQp7Cgo)

Kemenangan besar ini boleh jadi pembakar semangat untuk pemain Malaysia untuk berdepan Vietnam hujung minggu ini.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/434914171411731/

Tulis komen: