Menang tapi sedikit tempang + perlawanan ke-1 AFF Suzuki Cup 2020

264739074_433006434935838_8984375112517800987_n.jpg

Selasa, 7 Disember 2021, 3:30 pm288

Malaysia hanya bawa 24 orang pemain ke kejohanan ini, maksimum 30 orang ⁽¹⁾. Arif Aiman (yang dianugerahkan MVP termuda Liga Malaysia ⁽²⁾) & Kalamullah dipanggil menggantikan Sumareh & Azri Ab Ghani yang mengalami kecederaan ⁽³⁾. Faisal Halim & Khairulazhan pula tak dapat beraksi, kena kuarantin 10 hari sebab positif Covid-19 ⁽⁴⁾.

Kemboja vs Malaysia

Sepanjang perlawanan boleh nampak kedua² pasukan bergelut untuk mengekalkan kawalan bola (ball possession). Sering kehilangan bola semasa menghantar kepada kawan, kadang² sepak tak cukup kuat, selalu juga salah passing kepada pemain lawan. Mungkin masalah padang barai sebab musim hujan 🧐?

Serangan Kemboja banyak membuat forward run & melepasi perangkap offside, cuma banyak percubaan mereka tak tepat atau mudah dipatahkan.

Minit ke-25 Junior Edstal dikeluarkan awal kerana perubahan taktikal ⁽⁵⁾.

Pemain naturalisasi De Paula kurang berfungsi, banyak berjoging, pastu bila dapat bola, selalu nak simpan lama² pastu menggelecek pemain lawan. Sedangkan dia ada option lebih baik dengan menghantar kepada kawan yang berada dalam kawasan yang lebih baik untuk menggerakkan serangan.

Minit ke-64 De Paula digantikan dengan Luqman Hakim. Dalam siaran live boleh nampak dia tak puas hati, bukan sebab dia dikeluarkan ⁽⁶⁾, tapi sebab tak dapat score goal walaupun dah beri yang terbaik ⁽⁷⁾.

Selepas kemasukan Luqman Hakim, Arif Aiman & Kogileswaran, semua ni jenis pemain yang laju, baru nampak perubahan positif pada rentak serangan Malaysia. Pada ketika ini 100% pemain asli Malaysia, tak ada naturalisasi & kacukan.

Barisan pemain hadapan ini nampak berlegar di kawasan tengah padang, tapi bila mendapat bola & membuat serangan, mereka menggunakan kelajuan untuk masuk ke kotak penalti Kemboja.

Min 83, Aidil Zafuan kecederaan, tapi Malaysia dah buat 5 pertukaran, terpaksa dia main walaupun terhincut².

Keeper Malaysia, Khairul Fahmi, beraksi cemerlang, menangkap kemas banyak percubaan Kemboja. Walau bagaimanapun, di hujung perlawanan pengadil mengesan kaki KFC diangkat tinggi semasa menangkap bola, kes yang lebih kurang sama seperti isu kad merah penjaga gol Sarawak Utd, Sharbinee Allawee ⁽⁸⁾.

Keputusan

6/12
Kemboja 1 – 3 Malaysia (Highlight: https://youtu.be/qc_SF2DuTfE)

⁽¹⁾ https://www.vocketfc.com/piala-suzuki-aff-2020-malaysia-hanya-bawa-24-pemain-ke-singapura/
⁽²⁾ https://www.vocketfc.com/arif-aiman-lakar-sejarah-mvp-liga-malaysia-paling-muda-terima-kasih-tmj-dan-benjamin-mora/
⁽³⁾ https://www.semuanyabola.com/bukanlah-pengganti-pemain-tengah-arif-aiman-akhirnya-tiba-ke-kem-harimau-malaya/
⁽⁴⁾ https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/12/785255/faisal-khairulazhan-sah-positif-covid-19
⁽⁵⁾ https://www.vocketfc.com/tan-cheng-hoe-junior-eldstal-keluar-awal-kerana-perubahan-taktikal/
⁽⁶⁾ https://www.vocketfc.com/ini-reaksi-tan-cheng-hoe-mengenai-isu-de-paula-bengang-dan-baling-botol-air-dibangku-simpanan/
⁽⁷⁾ https://www.vocketfc.com/guilherme-de-paula-beri-penjelasan-insiden-melibatkan-dirinya/
⁽⁸⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/09/863482/tindakan-pengadil-layang-kad-merah-kepada-sharbinee-tepat

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/433006458269169/

Tulis komen: