Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Hidroponik kratky mengalami kegagalan?

Sabtu, 11 Disember 2021, 8:35 pm0

264435303_435523478017467_2371565193725429833_n.jpg

ā‘  – BungaĀ² berguguran šŸ˜….

Ini putik bunga capsicum yang banyak dah gugur, tak jadi buah. Lepas tambah air baja ā½Ā¹ā¾, tunas baru tak ada yang tumbuh dari pucuk pokok. Yang ada hanya dari batang pokok capsicum ni. Tak pasti sekarang nak teruskan pokok ni hidup atau buang & cuba tanam baru.

266145049_435523484684133_7144043750254201717_n.jpg

ā‘” – Sayur lettuce nampak ok, cuma daunnya kecil & memanjang. Adakah kurang cahaya matahari? Kat sini hanya dapat cahaya matahari direct pada awal pagi & lewat petang. Sekarang musim hujan, makin kurang kena direct matahari.

Pokok tomato ceri yang dah besar meninggi dalam kotak ini rasanya menyerap banyak air dari dalam takungan. Dalam seminggu, boleh nampak perbezaan paras air dari sebelumnya. Jadi saya dah top-up air dalam kotak ni setiap hujung minggu, takut nanti akar lettuce tak sampai kena air.

265605846_435523481350800_8337015619629395248_n.jpg

ā‘¢ – Yang ini pun sama juga, agak kurus. Dari rupa daun, saya rasa ini sayur ensabi, bukan sawi biasa. Ensabi ada rasa pahitĀ² pedasĀ² sikit, sama dengan mustard.

Air baja dalam kotak ni lambat sikit menurun, jadi dah berminggu jugak tak di-top-up.

ā€”

Setakat sekarang, rumusan yang dapat saya buat berkenaan kaedah kratky ni ialah, ia memudahkan, tak perlu nak disiram setiap hari. Cuma disebabkan air baja yang bertakung tak bergerak (stagnant), saya rasa ia mempengaruhi kualiti nutrien & kebolehan akar untuk menyerap nutrien.

Dapat lihat banyak serpihan putih di permukaan air, kesan penghabluran daripada unsurĀ² seperti kalsium. Mungkin disebabkan bacaan EC yang tinggi yang mempercepatkan penghabluran. Bila unsurĀ² ini menghablur, akar tak dapat menyerap sebagai nutrien.

ā½Ā¹ā¾ https://azwan082.my/2021/11/hujung-daun-nampak-terbakar-tanda-kekurangan-potassium/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/435523568017458/

Pingback: Sayur daun saja yang menjadi dalam hidroponik kratky

Pingback: Tuai sawi hidroponik, masak dengan megi goreng

Tulis komen: