Tuai sawi hidroponik, masak dengan megi goreng

  • 271138357_447408196828995_4070772074105880609_n.jpg
  • 271019656_447408200162328_6382337744058494123_n.jpg

Jumaat, 31 Disember 2021, 6:45 pm

Tuai sawi hidroponik, masak dengan megi goreng.

Sebelum ni saya ingat ini sayur ensabi ⁽¹⁾, tapi rupanya sawi pahit 😅. 7 minggu lepas membesar dalam kratky, tadi dah dituai & masak dalam megi goreng.

Sebelum ni juga saya ada tulis berkenaan ramen kimchi “>⁽²⁾. Kalau kat Korea, mi segera yang paling popular ialah ramen / ramyeon, bersama kimchi. Kat Malaysia pula, mi Maggi kari, rebus dengan telur. Menu ruji student U 😆.

Kat sini ada satu lagi brand mi segera yang legendary, iaitu daripada Lee Fah Mee, perisa kari jawa. Untuk kali ini, saya ganti Maggi dengan Lee Fah Mi.

Saya nak cuba buat megi goreng macam kat kedai mamak, goreng kering & ada sedikit garing. Rupanya kena kawal api dengan betul supaya tak terlebih goreng sampai hangus ataupun tak cukup goreng, masih banyak berminyak.

Tengok video masak megi goreng kat sini:

@azwan082_my

Tuai sawi hidroponik, masak dengan megi goreng. #kebun #makan #resipi

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Baru nak cuba Tiktok, sebab dapat upload video sehingga 5 minit panjang. Kalau Instagram Reel dan Youtube Shorts, panjang maksimum ialah seminit.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/12/hidroponik-kratky-mengalami-kegagalan/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/12/ramen-kimchi-telur/

Kandungan berkaitan:

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.