Panas game ni + keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022

316038299_796817564818491_5962664988172670423_n.jpg

Jumaat, 18 November 2022, 11:30 pm59

*Sabah vs JDT*

Awal game takda sound, tengok kat Youtube live.

Minit ke-20 hantaran lintang oleh Corbin Ong ditanduk Bergson masuk tapi offside.

Padang lembap, Leandro ambil sepakan percuma pun tergelincir, tapi tak seteruk waktu lawan Kuching City.

Gol pertama JDT oleh Arif Aiman. Dia menggelecek pertahanan, nampak macam nak kehilangan bola tapi dapat melepaskan rembatan, mungkin terbias kena pertahanan Sabah, sampai keeper Damien Lim terpaku.

Coach Ong Kim Swee tak puas hati pergi marah² ref yang mengiktiraf gol, sebab nampak Bergson pada kedudukan offside.

Pemain Sabah, Baddrol Affendy yang dah dapat kad kuning, buat tindak balas terhadap sliding tackle Leandro. Seminit kemudian Baddrol membuat rembatan yang ditepis Farizal Marlias. Pengulas kata, kalau nak buat reaksi, begitulah caranya, dengan membuat percubaan tepat ke gawang.

Minit ke-42, Arif Aiman membuat gerakan pantas ke dalam kotak penalti, Damien Lim memintas untuk menangkap bola, Arif terpaksa melompat tapi kakinya terkena badan Damien, dan Damien membalas dengan menolak Arif. Keeper simpanan Sabah ni mendapat kad kuning.

Minit ke-52, Feroz Baharudin tackle Amri Yahyah di garis tepi padang. Amri memberi reaksi mahu menyerang balas Feroz tapi ditenangkan Corbin Ong dengan menekan Amri di atas padang.

Minit ke-55, Bergson ditolak Rawilson dalam kotak penalti, dan JDT dapat sepakan penalti.

Amri Yahyah buat hal dengan menari twist atas titik sepakan penalti untuk rosakkan permukaan padang & mendapat kad kuning.

Sepakan penalti Bergson berjaya diteka tepat oleh Damien Lim. Senyum Ong Kim Swee 😁.

Ada satu ketika JDT cuba buat counter attack, 3 kali Bergson kena tackle, 2 kali pertama diberi advantage, kali ke-3 ref beri kad kuning kepada Dominic Tan.

Feroz Baharudin yang dah dapat kad kuning, menghalang gerakan Saddil Ramdani. Saddil sempat menyentuh bola & melompat mengelak sliding Feroz, tapi ref nampak itu satu kesalahan kad kuning, dan Feroz pun dibuang padang.

Selangor vs Terengganu

Boleh kata semua gol dalam game ni berpunca daripada Mukhairi Ajmal.

Minit ke-11, kaki Kpah kena muka Shahrul Nazeem yang menanduk bola, nasib baik takda apa².

Gol Terengganu daripada sepakan percuma, selepas Mukhairi sengaja menolak Faisal Halim. Sepakan deras Tchetche Kipre menewaskan Khairulazhan, selepas benteng Selangor pecah, bola melintas di antara kaki.

Gol Selangor pula semua daripada sepakan sudut Mukhairi Ajmal. Gol pertama ditanduk Richmond Tetteh.

Gol ke-2 daripada flying header Caion yang agak rendah. Gol ke-3 pula oleh birthday boy Shahrul Nazeem.

Man marking Terengganu sewaktu sepakan sudut memang hancur, bola mudah sampai kepada pemain Selangor untuk membuat tandukan kencang menewaskan Suhaimi Husin.

Walaupun Terengganu bermain corak biasa dengan hantaran pantas, tapi high pressing oleh Selangor mengganggu rentak hantaran tepat. Sepertinya Selangor dah belajar pattern hantaran & tahu ke arah mana bola hendak dihantar.

15/11
Sabah 0 – 1 JDT

16/11
Selangor 3 – 1 Terengganu

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/796817588151822/

Tulis komen: