Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Apakah gelaran bagi orang yang rajin beribadah?

Khamis, 30 Disember 2021, 3:25 pm0

270216884_446742953562186_3963544349028687504_n.jpg

① – Jawapan: Si Warak 😅.

Nama penuh, Siwarak Tedsungnoen, penjaga gol pasukan Thailand.

Teka-teki ke-2, siapakah lelaki yang paling setia di dunia?

270124706_446742970228851_5490212164110497824_n.jpg

② – Jawapan: Kawin 1 😂.

Kawin Thamsatchana, juga penjaga gol pasukan Thailand. Ini cerita daripada perlawanan akhir pertama Piala .

Pada minit ke-75, Thailand telah selesa mendahului Indonesia 3-0, dan mereka menukarkan penjaga gol Siwarak dengan Kawin. Pada pemerhatian sebagai penonton, seperti Thailand nak menganjing Indonesia yang nampak dah tak ada harapan nak jaringkan gol.

Tapi menurut kisah sebenar, coach Thailand, Alexandre Polking memasukkan Kawin, sebagai menghormati beliau yang kehilangan bapanya beberapa jam sebelum perlawanan akhir bermula. Katanya, dia mahu Kawin bergembira pada hari dia menangis ⁽¹⁾.

Pada perlawanan semalam, secara umumnya, Thailand beraksi lebih baik, menjaringkan gol seawal minit ke-2, kemudian berjaya mengekang banyak pergerakan pemain Indonesia, yang menyebabkan mereka tak dapat melakukan banyak percubaan on-target.

Menuju hujung perlawanan, pemain Indonesia nampak semakin kehilangan semangat apabila Thailand tak langsung mengendurkan asakan & menambah sehingga 4 gol, meskipun Indonesia memasukkan ramai pemain gantian.

269994216_446743003562181_1325499631524966494_n.jpg

③ – Ramai bukan maksud banyak pemain, tapi nama pemain tu Ramai Rumakiek 😆.

⁽¹⁾ https://axello.net/videomano-polking-bukan-menganjing-indonesia-saya-nak-dia-gembira-pada-hari-dia-menangis/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/446743036895511/

Tulis komen: