Cara tengok saluran MyTV kat Android TV

272869256_464969938406154_6577922018534686555_n.jpg

Ahad, 30 Januari 2022, 1:30 pm12,438

Update April 2024: playlist IPTV lengkap dengan panduan siaran (programming guide) sedang dalam pembangunan → https://azwan082.my/post/15738

Update Jun 2023: Channel MyTV kat TiviMate tunjuk error code 403, macam mana nak fix? 👉 https://azwan082.my/post/15101

272956153_464969935072821_8060700331583633087_n.jpg
272921296_464969965072818_8178241165797017766_n.jpg

Buat masa sekarang, saya tak dapat nak tengok saluran kat sebab beberapa perkara:

  • Model TV yang saya ada ini (Mi TV 4A) tak ada digital tuner, hanya ada analog tuner. Jadi, walaupun dah cucuk aerial & scan, takkan jumpa channel sebab Malaysia dah off siaran TV analog.
  • Kawasan apartment sini tak sampai signal TV digital. Saya dah cuba guna decoder MyTV dengan indoor aerial & port aerial yang disediakan apartment, masih tak jumpa langsung siaran.

Semalam juga saya dah siap pasang 4G signal booster ⁽¹⁾, jadi sambungan internet pun bertambah stabil. Dapat tengok video streaming dengan kurang tersekat².

Sebelum ni tak ada masa nak research cara nak tengok MyTV kat Android TV, sibuk dengan mencuci rumah & bila balik kerja, dah kepenatan. Waktu beli TV tu, sales assistant ada bagitau yang kena install app tapi dia sendiri tak berapa ingat cara nak setup.

TiviMate

Dengan sedikit meng-google, saya jumpa cara nak tengok saluran MyTV kat Android TV adalah dengan meng-install app TiviMate. Search saja app ini kat Google Play Store, akan jumpa seperti dalam gambar pertama.

TiviMate ini berfungsi sebagai player sahaja. Ia tidak menyimpan senarai saluran TV. Nak dapatkan senarai TV, kena google lagi.

MyTV playlist

Semasa launch app ini pertama kali, ia akan meminta URL ke playlist channel TV yang anda mahu tonton. Saya jumpa playlist ini kat Github:

https://raw.githubusercontent.com/weareblahs/freeview/main/mytv_broadcasting.m3u8

Ia di-maintain oleh volunteer. Bermaksud, sumber video streaming dalam senarai ini adalah disediakan oleh individu, bukannya sumber rasmi daripada stesen TV seperti RTM dan Media Prima. Kalau ada channel yang tercicir, atau semasa menonton ada mengalami tersekat², itu berpunca daripada keadaan internet orang yang broadcast video tersebut.

Dalam gambar ke-2 dapat dilihat senarai saluran TV & radio yang ada dalam playlist ini. Setakat ini saya dapati kualiti video streaming memuaskan, kebanyakan masa saya dapat kualiti HD. Cuma apabila signal internet Digi saya ini terganggu, barulah playback saluran TV jadi tersekat² atau merosot kualitinya.

Satu saja perkara yang agak leceh ketika menggunakan app TiviMate untuk menonton saluran MyTV ialah, apabila nak tukar channel, kena tekan ‘Back’ button (gambar ke-3) untuk tutup channel yang sedang disiarkan, kemudian baru dapat pilih channel lain & mainkan. Kalau nak tukar channel semasa channel semasa sedang dimainkan, kena upgrade ke TiviMate premium.

Tapi tak apa, sekurang²nya lebih berbaloi bayar internet bulanan, kegunaannya jadi lebih banyak berbanding hanya digunakan untuk buka FB / IG atau tengok Youtube saja 🤓.

Dapatlah tengok Olimpik Beijing atau Liga Super nanti 👍.

Kalau mengalami masalah dalam menggunakan playlist ini, report ke Github issues – https://github.com/weareblahs/freeview/issues

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/cuba-guna-4g-signal-booster-untuk-wifi-rumah/

Komentar (12):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/464970018406146/

Pingback: Channel MyTV kat TiviMate tunjuk error code 403, macam mana nak fix?

itstroll

18 September 2022, 8:35 pm

it works bro...thank you

Oly

15 November 2022, 11:52 pm

Saya cuma dapat tv1 dan tv2 saja. Channel lain semua error 403. Puas godek pun tak dapat. Tp gambar tv1 dan 2 tu mmg cerah clear. Tq bro

Pengguna android tv

4 Disember 2022, 10:33 pm

Thanks for sharing. Alhamdulillah, setelah mcm² cara cuba, at last dapat gak tengok ch tv kt android tv guna wifi.

Siaran tv & radio lain dapat kecuali yg under Media Prima (TV3, TV9 etc). Naik error 403. Kenapa ye?

Nur

30 Januari 2023, 7:36 pm

For tv1 tv2 tv.okay boleh install apps rtm klik.. boleh tengok siaran tv kendalian rtm.. bo lagging etc, lebih mudah.. just media peima punya channel je yg x dapat.. just rtm ones…

Anjang

9 Jun 2023, 11:54 am

Good sharing bro..

Anjang

14 Jun 2023, 1:33 pm

Da testing.. Interesting .. walaubagaimana pun , terdapat beberapa channel yang boleh loading langsung .. Bro ada link .m3u8 file yg baru x yang mana semua channel ada dalam tu dan functioning ?

NoName

14 Jun 2023, 9:46 pm

Maaf..baru beli tv baru android.Sy dh install tivimate tapi macam mana nk copy url kt hanset ni letak kat tv ye?Takkn nk taip satu2

admin

19 Jun 2023, 9:08 pm

yup, kena taip satu2

Aim

17 November 2023, 6:09 am

Tv3 xleh buka...dk loading..smpai kesudah....hmm

Tulis komen: