Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Layan movie Jerman kat saluran MCE di MyTV

Rabu, 1 November 2023, 11:45 am0

Tengah² test link streaming channel yang ada kat mana2.my, lalu menyangkut layan thriller Im Schatten der Angst (In The Shadow Of Fear) kat channel My Cinema Europe (MCE).

Update Jun 2024: playlist MY sekarang dah dibuka untuk langganan → https://azwan082.my/post/16026

2D731E3A-E197-40C4-83C5-618858AEDFD5.jpeg
Ini psychiatrist tu.

Movie berkenaan seorang psychiatrist yang tugasnya menilai seseorang yang ditahan di institusi mental atas kesalahan jenayah, sama ada individu terbabit benar² kurang siuman atau waras.

Watak ini turut memberi input dalam penyiasatan terhadap individu yang ditahan. Cuma siasatan yang dia lakukan hanya menerusi interview, kemudian mengemukakan teori berdasarkan penilaian mental tertuduh.

67D02CCD-1F1C-4D30-A103-7DE8A827AA94.jpeg
Ini lelaki tertuduh tu.

Plot cerita pula nampak mudah, mungkin cliche bagi sesetengah kaki movie. Seorang lelaki telah ditahan setelah dituduh melakukan serangan fizikal terhadap wanita. Psychiatrist tadi bertugas untuk menilai keadaan mental lelaki tadi sama ada waras atau kurang siuman, untuk mahkamah tentukan apakah jenis hukuman yang bakal dikenakan sekiranya sabit kesalahan.

Dalam meng-interview laki tu, psychiatrist tu boleh pula muncul dengan pelbagai teori berkenaan jenayah yang laki tu buat, tanpa ada bukti fizikal, rekod lampau ataupun motif yang kukuh. Semuanya berdasarkan kepercayaan kuat psychiatrist tu terhadap mental state lelaki berkenaan.

Mujur apa yang psychiatrist tu percaya dapat dibuktikan apabila mendapat bantuan seorang pegawai polis wanita dan staf praktikal di institusi mental terbabit.

Lelaki tertuduh tu didapati berjumpa dengan beberapa orang wanita, mengajak mereka ke rumah & kemudian menyeksa sehingga membunuh wanita tersebut. Penilaian & bukti mendapati lelaki tersebut sebenarnya telah berkahwin, memiliki seorang anak perempuan, tapi malangnya isterinya telah meninggal dunia. Jadi lelaki itu berasa kesunyian & mahu mencari wanita sebagai pengganti untuk membentuk semula keluarga yang lengkap. Tapi apabila mangsa wanita menolak permintaan tersebut, lelaki itu bertindak agresif & mendera secara fizikal sehingga wanita tersebut mati.

Cuma hujung ceritanya saya tak berapa faham tingkah laku lelaki yang dituduh, mungkin terlepas beberapa saat dialog semasa streaming tengah buffering.

Dia simpan anak perempuannya di bilik stor gelap bawah lantai di rumah jeti di tepi sungai, sedangkan dia sendiri duduk di rumah biasa, nampak macam banglo. Bila dia bawa psychiatrist tu untuk cari anaknya dalam bilik bawah tanah tu, dia nampak macam tak tahu anak dia ada dalam bilik tu, macam dah bertahun tak jumpa.

Selain daripada itu, aspek lain berkenaan movie ini, seperti kualiti lakonan, keserasian watak, penceritaan & perkembangan plot, dsb. saya tak fokuskan sangat. Ada satu review di IMDB ⁽¹⁾ yang panjang lebar mengkritik aspek teknikal movie ini.

Bagi saya, dari sudut sinematografi dah kira cukup, nampak moden & padan dengan mood movie thriller detective.

Disebabkan movie ini dirakamkan di Jerman, saya lebih perhatikan tempat, bangunan & kereta mereka. Staf praktikal yang bekerja bersama psychiatrist tu memandu VW Rabbit, kiranya 1st generation VW Golf. Pegawai polis wanita tu bawa BMW F30, manakala ketuanya memandu Mercedes, agaknya E class coupe ataupun SLK.

🫵 Tu!

⁽¹⁾ https://m.imdb.com/title/tt11932870/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1005584613941784/

Tulis komen: