Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara dengar Spotify tanpa iklan tak perlu beli premium

278174861_511642090405605_5361735949440766470_n.png

Jumaat, 15 April 2022, 9:45 pm0

Kalau ada yang baca post sebelum ni ⁽¹⁾ mesti dah tahu teknik ni 😁. Cuma untuk , ada beberapa perkara yang berbeza berbanding Youtube.

Sekali lagi, gunakan Brave ⁽²⁾ untuk buka Spotify, kemudian login. Lepas login & kembali ke Spotify, akan keluar prompt seperti dalam gambar, untuk menginstall browser extension bernama Widevine.

Extension Widevine ini tujuannya adalah supaya Brave browser dapat memainkan lagu yang dilindungi DRM. Perisian DRM tu adalah ciri supaya lagu² tu tak mudah dicetak rompak.

Untuk memudahkan membuka Spotify terus menggunakan Brave, install Spotify sebagai web app. Kat address bar tu ada ikon dengan bentuk anak panah & monitor, klik nanti dapatlah install sebagai web app.

Kalau anda pernah guna Spotify di pelbagai peranti seperti PC, laptop, tablet & smartphone, pasti tahu yang hanya di PC & tablet saja boleh pilih mainkan lagu yang dikehendaki. Ini antara halangan yang Brave browser pun tak dapat nak bypass.

Kalau buka Spotify kat smartphone, walaupun dapat dengar lagu tanpa diganggu iklan, tapi masih lagi terhad untuk mainkan lagu secara rawak (shuffle play). Nak buka My Library pun tak bagi, kena paksa untuk buka dalam app.

Bagi saya, saya selalu dengar Spotify kat laptop waktu kerja, jadi teknik ini sangat berkesan & kekurangan pada versi smartphone tak jadi masalah sangat.

🎧

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/04/cara-tengok-youtube-tanpa-iklan-tak-perlu-bayar-premium/
⁽²⁾ https://brave.com/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/511642603738887/

Tulis komen: