Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Empat tolak satu jadinya?

277533358_507227737513707_2818930244416226010_n.jpg

Jumaat, 8 April 2022, 9:30 pm0

Sempat hantar kereta kebal ni pergi servis tukar minyak enjin, oil filter & air filter, mileage dah sampai 264600 km. Ikut sticker kat windscreen, hantar servis pada 267000 km, tapi sekarang dah masuk 6 bulan lepas servis. Lagipun minyak enjin pun dah kurang, boleh nampak asap hitam keluar ekzos bila rev enjin.

Sekejap saja mekanik ni buat kerja, dalam 20 minit siap. Bila lihat dia buat, macam boleh cuba DIY sendiri servis ni, cuma nak ada peralatan & tools yang diperlukan. Tapi sisa minyak hitam tu nanti nak buang mana ya? 😅

Kelikatan (viscosity) minyak enjin yang diguna agak tinggi, 20W/50, mungkin khas untuk enjin karburetor. Dah biasa guna 5W/30 enjin Daihatsu kat Perodua yang guna fuel injection 🤓.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/507228220846992/

Pingback: Eh, dapat pulak kereta ni jalan 🤨

Tulis komen: