Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ritual apabila bermula musim cuti

Isnin, 18 Disember 2023, 3:50 pm0

A62DC1F6-5734-4FE6-B7E4-96E7F4C768BF.jpeg
Hantar ke servis dulu.

Kali terakhir servis pada bulan Mei lalu, sebelum hantar ke Eurowagen untuk baiki isu enjin mati tiba² ⁽¹⁾. Sepatutnya dah servis tukar minyak enjin bulan lalu, cuma sekarang saja ada masa lapang.

Bengkel yang ada logo Toyo Tires kat depan kedai, bertentangan dengan CIMB Bayan Baru ini, biasanya saya hantar untuk buat alignment dan balancing. Kali ini buat semua sekaligus, tukar minyak enjin, oil filter & air filter.

Alang² dah buka air filter box, minta diorang cuci throttle body sekali, sebab sewaktu memandu, kadang² bila perlahan nak berhenti kat lampu trafik, RPM enjin turun terlalu rendah sehingga 500-600 rpm, sampai enjin bunyi nak mati.

Saya juga baru tahu yang accelerator pedal adalah jenis drive-by-wire, tak ada kabel bersambung terus ke throttle body, ia gunakan sensor kedudukan pedal untuk kawal berapa luas bukaan intake.

Patut la ringan saja bila pijak² pedal, pastu kadang² rasa macam ada turbo lag, tekan sikit ada delay sekejap sebelum rev enjin naik. Kereta ni tak ada turbo pun, cuma rasa delay tu macam bila tekan pedal Viva turbo dulu, lagging sekejap pastu baru kereta makin laju.

Lepas cuci throttle body, barulah rasa lebih responsif, tekan pedal sikit, enjin lebih cepat beri maklumbalas untuk turun gear bila nak memecut.

FF50820C-BEEC-4DE4-B3B5-610C16174E6F.jpeg
Dapat freebies daripada Toyo Tires, ini boleh bikin hati manyak senang 😊.
18B77AFD-9174-44D0-9990-3492B3C2F851.jpeg
pun nak kena servis.

Cuma perlu bersih²kan dalaman daripada habuk² yang melekat selepas digunakan setiap hari sepanjang tahun untuk bekerja. Untuk bahagian luaran, boleh guna kain microfibre untuk buang habuk² yang melekat.

Bahagian dalaman pula, tak boleh guna kain microfibre sebab ia menghasilkan elektrik statik yang boleh merosakkan komponen elektronik yang sensitif. Kena gunakan kain lembap untuk mengelap habuk² kemudian keringkan dengan tisu.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/07/ini-teori-kenapa-enjin-dasauto-boleh-berhenti-tiba/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1030684474765131/

Tulis komen: