Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

ASB 2022 mengalami margin keuntungan negatif

321148367_1133327824036572_7523753951103082929_n.jpg

Khamis, 22 Disember 2022, 9:35 pm0

Tengahari tadi PNB mengumumkan kadar dividen untuk tahun 2022 ⁽¹⁾:

  • Pendapatan = 3.35 sen
  • Bonus = 1.25 sen
  • Bonus tambahan = 0.5 sen untuk 30000 unit pertama.

Untuk mengira berapa jumlah dividen yang bakal diterima:

  • Dapatkan purata baki minimum bulanan.
  • Kira jumlah pendapatan = purata baki minimum bulanan x kadar pendapatan.
  • Kira jumlah bonus = purata baki minimum bulanan x kadar bonus.
  • Kira jumlah bonus tambahan = 30000 (maksimum, bergantung purata baki minimum bulanan) x kadar bonus tambahan.
  • Jumlahkan pendapatan + bonus + bonus tambahan.

Berikut merupakan bayaran bulanan ASB financing yang saya ambil:

  • Bulan 1 = moratorium
  • Bulan 2 hingga 6 = 292/bulan, jumlah = 1460
  • Bulan 7 dan 8 = 311/bulan, jumlah = 622
  • Bulan 9 hingga 11 = 320/bulan, jumlah = 960
  • Bulan 12 = 329

Jumlah keseluruhan = 3371. Tahun ini saja 3 kali kadar OPR naik & meningkatkan kadar bayaran bulanan.

Mengikut perkiraan jumlah dividen di atas, saya mungkin memperoleh amaun kurang daripada jumlah loan yang dibayar. Ini yang saya maksudkan margin keuntungan negatif.

Nak cancel ke tidak ni 🧐.

⁽¹⁾ https://web.facebook.com/ASNBmy/posts/2669569969844821

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/822434225590158/

Tulis komen: