Hujung tahun jak pergi check saham

268911747_442589233977558_7998503655674554498_n.jpg

Khamis, 23 Disember 2021, 3:40 pm

Hujung tahun jak pergi check saham.

Tahun lalu punya dividen ASB adalah seperti berikut ⁽¹⁾:

  • 4.25 sen pengagihan pendapatan seunit
  • 0.75 sen pengagihan ehsan bagi 30k unit pertama ASB sempena ulangtahun ke-30 dana ASB

Jadi jumlah keseluruhan adalah kira² 5.00 sen seunit. Bagi mereka yang menyimpan lebih RM30,000 dalam ASB, unit selebihnya hanya dapat 4.25 sen dividen seunit.

ASB ialah saham harga tetap, seunit berharga RM1.

Tahun ni pula, baru umum pukul 10 pagi tadi ⁽²⁾, dividen ASB adalah seperti berikut ⁽³⁾:

  • 4.25 sen pengagihan pendapatan seunit
  • 0.75 sen pengagihan bonus seunit

Jadi jumlah keseluruhan dividen ialah 5.00 sen seunit.

Cara nak kira dividen untuk tahun 2021 ⁽⁴⁾:

  • Dapatkan baki minimum untuk setiap bulan dalam tahun 2021
  • Jumlahkan baki minimum, kemudian bahagi 12, untuk dapat purata baki minimum
  • Darabkan purata baki minimum dengan harga pendapatan seunit & harga bonus seunit
  • Jumlahkan kedua² amaun pendapatan & bonus.

Masih masyuk lagi ke labur ASB? Bagi saya, ikut intuisi (rasa hati), mungkin la masih berbaloi, sebab dapat moratorium Julai lalu ⁽⁵⁾. Tahun depan belum tahu lagi, kalau keadaan lebih baik, kemungkinan dividen pun ikut naik.

⁽¹⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/768136/dividen-asb-425-sen-pengagihan-ehsan-075-sen
⁽²⁾ https://www.facebook.com/PNBmy.Official/videos/1323095234789852
⁽³⁾ https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/12/902845/asb-agihan-pendapatan-50-sen-seunit
⁽⁴⁾ https://www.asnb.com.my/ASBIncomeDistribution_senario1.php
⁽⁵⁾ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2021/06/28/berita-baik-pm-umum-moratorium-secara-automatik-untuk-semua

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.