Hari ni hari last untuk buat urusniaga di ASB

132400866_217299359839881_8984734018665430473_n.jpg

Isnin, 21 Disember 2020, 12:30 pm

Hari ni hari last untuk buat urusniaga di ASB.

Esok kaunter dah tutup untuk memberi laluan pengiraan & pengagihan pendapatan untuk tahun ini, nanti 4 Januari tahun depan akan buka balik. Time ni ramai yang start berkira² berapa agaknya dividen akan dapat & fikir² nak digunakan untuk bayar apa.

Tahun ni agak gawat disebabkan Covid-19 & PKP / lockdown yang dilaksanakan di seluruh dunia. Tahun lalu dividen ASB merekodkan kadar yang terendah dalam sejarah. Jadi tahun ini, ada kemungkinan kadar tersebut akan menurun lagi.

Bagi yang ada mengambil ASB financing (loan ASB), kalau kadar interest yang bank bagi lebih tinggi daripada kadar dividen, lebih baik berhenti meneruskan pembayaran loan, dan simpan secara terus ke ASB. Korang bayar bulanan lebih daripada apa yang korang terima secara dividen.

Tambah lagi adanya moratorium 6 bulan tahun ini, ertinya 6 bulan tak perlu bayar bulanan financing ASB, jadi agaknya akan mempengaruhi kadar dividen yang akan diumumkan nanti. 🙏🏻💸

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: